Lucu benar bila mendengar kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) semasa beliau melancarkan majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites milik anak syarikat UMNO Pahang, Rangkaian Delima
di Kuantan kelmarin. Adnan antara lain mengatakan nilai hartanah di
Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti
negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh
syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Katanya
nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi
terutamanya yang berdekatan dengan kawasan itu seperti di Beserah,
Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada
laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas. Beliau
juga katanya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di kawasan itu terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini. Malah, katanya sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat. Aktiviti
pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan
ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor
hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang kata MB Pahang itu
lagi. Namun itu adalah kenyataan Menteri Besar Pahang
bagi menyokong dakwaan kononnya projek Lynas tidak memberi kesan
negatif dan impak besar terhadap pasaran hartanah di kawasan berkenaan.
Pernahkah beliau membaca pendedahan yang telah dibuat sebelum ini
bahawa sebuah resort yang bernilai RM30 juta dibatalkan gara-gara pemaju kecewa sikap KerajaanNegeri Pahang terhadap projek Lynas. Bukankah projek resort Kuantan Gold Coast itu letaknya di Balok?. Baca artikelnya SINI.
Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Group tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas
Soalnya sekarang, sumber rujukan mana yang Adnan pakai untuk
mengukuhkan hujah beliau itu?. Pernahkah dia mendapat maklumat dan fakta
yang tepat daripada agensi kewangan yang berkenaan seperti bank dan
finance?. Pernahkan Adnan tahu kini pihak kewangan hanya meluluskan
pinjaman perumahan sekitar 40% hingga 60%
sahaja dari harga yang ditawarkan. Ini bermakna, mereka tidak berani
berhadapan dengan risiko jika berlaku sebarang musibah di kemudian hari.
Malah, ramai dikalangan penduduk sekitar kawasan terbabit kini
menghadapi kesulitan untuk menjual hartanah mereka akibat tiada pembeli
dan harga pasaran yang jauh lebih rendah daripada harga semasa. Banyak
bukti telah didedahkan, cuma mungkin MB Pahang tidak sempat untuk
dimaklumkan perkara ini oleh orang disekelilingnya. Bercakap ikut mulut
memang sedap, tetapi sedarkan Adnan hanya mereka yang berhadapan dengan
isu ini yang menghadapinya. Anehnya, bagi menyokong kenyataan Adnan itu
ada pula blogger UMNO Pahang yang dikenali sebagai YB Raz menyiarkan artikel bertajuk "DAP Semakin Benci Apabila Nilai Hartanah Dan Ekonomi Kuantan Meningkat" (foto bawah).
Nampaknya, mereka tidak habis-habis mengaitkan Cina dengan isu Lynas
ini. Walhal majoriti ahli MCA dan penyokong BN (Cina) juga menolak
projek itu. Kenapa perlu dikaitkan dengan DAP? Sedangkan sebelum ini
mereka asyik menggasak Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Nampak benar mereka masih terus bermain dengan isu perkauman apabila bercakap soal projek Lynas.
[Sebenarnya
sebagai MB Pahang, Adnan Yaakob tidak wajar bercakap merapu tanpa
merujuk kepada fakta sebenar apa yang berlaku di kawasan terbabit. Jika
benar Kerajaan Negeri Pahang mahu membeli hartanah yang tidak laku
berkenaan maka selepas ini kita akan kumpulkan hartanah terbabit untuk
dihantar ke Pejabat MB Pahang. Adnan lupa, sekarang ini banyak pemaju
sudah berbulan-bulan gagal mendapatkan pembeli hartanah terhadap
projek-projek mereka. Ini semua bukan omongan kosong tetapi berlandaskan
fakta daripada Persatuan Pemaju Perumahan (HDA) di Pahang ini. Malah semasa
Konvensyen Ekonomi Pahang di Zenith Hotel baru-baru ini dalam sektor
Perumahan ada menyatakan pasaran rumah kediaman jatuh dari 2330 unit ke
1300 unit. Ini fakta yang dibentangkan oleh pihak yang boleh
dipercayai. Apa maknanya?.
Justeru, sebelum mengeluarkan kenyataan MB sepatutnya menyiasat
terlebih dahulu. Jangan hanya bercakap sesedap rasa yang menyerlahkan
"kedangkalan" beliau sebagai pemimpin sebuah kerajaan. Inilah yang
berlaku sebenarnya. Malah, cubaan sekali lagi untuk mengaitkan Cina DAP
dengan isu Lynas ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan jelas
berbaur perkauman. Mereka lupa bahawa MCA juga terdiri daripada
orang-orang Cina yang secara diam-diam menolak projek tersebut. Mereka
akan buktikannya pada Pilihanraya Umum akan datang]. -Pahang Daily.BLOGSPOT
29 March:Sekitar 200 orang peneroka Felda berhimpun di hadapan pejabat perdana menteri(PMO) menolak penyenaraian Felda Global Venture Holding ke Bursa Saham. Meraka bimbang melalui penyenaraian ini tanah- tanah mereka mungkin tergadai jika saham Felda jatuh di busa saham.. saya sendiri tidak faham akan natijah melalui penyenaraian ini secara spesifik....diharap pihak yang mempunyai pengetahuan memberi kenyataan secara adil.
KUANTAN, Malaysia — A colossal construction project here could help determine whether the world can break China’s chokehold on the strategic metals crucial to products as diverse as Apple’s iPhone,Toyota’s Prius and Boeing’s smart bombs.
As many as 2,500 construction workers will soon be racing to finish the world’s largest refinery for so-called rare earth metals — the first rare earth ore processing plant to be built outside China in nearly three decades.
For Malaysia and the world’s most advanced technology companies, the plant is a gamble that the processing can be done safely enough to make the local environmental risks worth the promised global rewards.
Once little known outside chemistry circles, rare earth metals have become increasingly vital to high-tech manufacturing. But as Malaysia learned the hard way a few decades ago, refining rare earth ore usually leaves thousands of tons of low-level radioactive waste behind. New York Times 8 Mac 2011.
Aktiviti kilang Lynas dan bahan buangan beradiasi:
Al maklum... Artikel inilah yang Artikel yang pertama dikeluarkan mengenai kilang nadir bumi di gebeng dan mendapat kerisauan sesetengah pihak untuk memperjuagkan agar kilang ini ditutup..Mengapa perlu dirisaukan??...seperti yang disebut di dalam artikel diatas kilang nadir bumi ini hanya terdapat di negara besar iaitu china dan amerika.. di Amerika juga ..kilang pemprosesan ini terletak di padang jarang death valley, California..suatu tempat yang tiada penduduk dan jauh dari penduduk....
Dibinanya kilang itu atas permintaan bahan nadir bumi ini untuk digunakan bagi pembuatan LCD,smart phone dan smart bomb dan bahan lain yang mana radiasi boleh menjana tenaga bagi produk-produk ini. Bagi mendapatkan bahan yang hendak dikormesialkan proses pengasingan berperingkat akan dijalan di gebeng apabila bahan mentah iaitu thorium-232 diterima dari pusat galian bahan nadir ini di Mount Weld,Australia ...
Bahan ini akan diproses di gebeng supaya bahan buangan ini akan dibuang di malaysia bukan di Australia kerana rakyat Australia menolak bahan buagan tersebut di Australia..
Mount weld iaitu terletak jauh dipadang pasir di australia dan tiada penduduk di kawasan itu....dibina jauh dari kawasan penduduk adalah kerana kesan radiasinya bahaya untuk kepada kesihatan kerana radiasi adalah faktor berisiko (risk faktor) untuk mendapat kanser terutamanya kanser darah putih (leukimia).
Pengalaman Bukit Merah dan Asian Rare Earth:
Pada sekitar 80-an di bukit merah yang mana telah pernah berdirinya Asia Rare Earth factory iaitu satu kilang syarikat jepun yang memproses bahan yang sama. Kilang telah membawa kepada meningkatkatnya bilangan pesakit yang menghidapi penyakit kanser darah putih dikalangan populasi berhampiran dengan kilang tersebut. Kilang ini ditutup atas keputusan mahkamah yang mana kesya dibawa oleh doktor dan penduduk setempat yang membantah kilang tersebut. Perlu diingat bahawa kilang tersebut berskala lebih kecil aktivitinya berbanding kilang LYNAS yang bakal beroperasi yang mana dikatakan kilang bahan nadir bumi terbesar di dunia dan bakal memecahkan dominasi China yang kini sudah memperlahankan operasi memproses bahan nadir ini.
Radiasi punca penyebab Mutasi:
Bagaimana radiasi membawa kepada kanser ??...Sel Kanser yanag mana dikenali juga sebagai Sel Mutasi adalah berasal dari sel pramatang sesuatu sel yang spesifik. Sebagai contoh Leukimia..Sel Mutasi Leukimia terdiri daripada sel pra matang(stem sel) darah putih.... Sel darah putih yang pramatang akan membahagi secara aktif setiap hari di sum-sum tulang seseorang manusia bagi membekalkan sel darah putih yang matang kepada aliran darah di salur darah untuk menjalankan fungsi immunity yang secukupnya kepada badan manusia. Proses pembahagian tersebut dikenali sebagai mitosis dan dikawal atur dengan baik oleh genetic bagi seseorang manusia yang normal yang mana terletak di dalam nucleus sesuatu sel...fungsi genetic adalah perlu bagi mengehadakan jumlah pembahagian sesuatu sel yang mana sel pramatang akan mati jika membahagi berlebihan ataupun tidak sempurna(apoptosis) ataupun menambah lagi proses pembahagian(mitosis).
Genetic adalah bahan maklumat didalam badan manusia dan ia terletak di dalam nucleus sesuatu sell. Bahan maklumat genetik ini dijadikan tuhan yang maha esa tersusun baik untuk mengawal atur fungsi sel.Apabila susunan genetic ini diganggu atau dimusnahkan oleh radiasi yang tinggi (seperti kes ini), virus, dan beberapa bahan kimia yang toxic, ia boleh membawa kepada hilangnya kawal atur yang sempurna. Sel akan membahagi tanpa had lalu menjadi banyak dan hilang rupa bentuk(morphology) asal sesuatu sel. Maka sel yang terhasil ini diklasifikasikan sebagai sel kanser atau sel mutas.
Sel mutasi(Sel kanser) ini menyebabkan hilangnya fungsi sesuatu sel iaitu bagi sel darah putih fungsinya adalah pertahanan daripada mikroorganisma seperti bakteria dan virus .Perkara yang lebih membimbangkan mengenai sel mutasi adalah keupayaannya memusnahkan sel-sel sempurna pada organ-organ manusia terutama sum-sum tulang,hati,peparu dan otak. Sel mutasi ini merebak organ di badan kita melalui salur darah dan saluran limfa dan mampu mengambil alih populasi sel normal pada satu-satu organ.
Sel Mutasi daripada Sel Darah putih
Jika sel mutasi berasal dari sel pramatang sel darah putih..penyakit ini disebut sebagai leukimia...terdapat beberapa jenis leukima seperti Acute Myeloid Leukimia,Chronic Myeloid Leukimia,Acute/Chronic Lymphoid Leukimia....jenis-jenis ini ditentuka oleh rupa bentuk sel mutasi tersebut dan boleh dikenalpasti melalu microscope cahaya apabila sample dari sum-sum tulang dan darah diambil.
Seperti yang saya sudah katakan..radiasi akan membawa kepada rosaknya susun atur genetic terutama pada sel yang aktif membahagi. Maka sel-sel lain yang yang aktif membahagi seperti janin akan terjejas juga maka lahirlah bayi yang ta sempurna fizikalnya (kecacatan janin).
Gambar pesakit leukimia.
Jika benar kilang ini selamat..menagapa tidak didirikan di Australia...malahan mendapat bantahan kerana bahan buangannya akan dibuang di Australia??...Selain itu adakah kita tidak belajar dari pengalaman bukit merah dan sanggupkah kita menjadi tong sampah demi keuntugan sesetengah individu.
Saya memohon maaf jika susunan ayat artikel ini kurang memuaskan tetapi isu ini adalah isu kesihatan dan perlu dipandang serius. - Stanley Bonker