Saturday 5 May 2012

BERSIH 3.0: FATWA DATO' HJ. WAN ZAHIDI WAN BIN WAN TEH MENGENAI 3.0

Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN

Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitupenting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah.

2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’ mengatakan:
َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭﱃ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ
“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para pemerintah daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :
َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ ﺍﻟﺴﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍﳌَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﹾﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ
“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya”

3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :
َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍﳋ ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﹾﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔
“ Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dengan ijmak ulama “

4. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.
Benih pertama kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan menyifatkannya sebagai “tidak adil”. Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari yang bermaksud, “orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)“.

Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda
ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻛﻼﺏ ﺍﳋﻮﺍﺭﺝ “ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka “

.