Ada yang mengatakan bahawa jumlah peserta yang dianggarkan adalah agak keterlaluan, ada yang mengatakan bahawa jumlah hadirin yang ramai itu di sebabkan di sponsor faktor 6T iaitu Token(Duit) Tambang,Tempat penginapan,Tapau Makanan,Topi dan T-Shirt malahan ada yang mengatakan Mahasiswa Univesity Sekitar Kuala Lumpur diminta menghadirkan diri bagi himpunan ulang tahun ke-66 UMNO.
Ramai juga pihak Pro Bersih gembira melihat jumlah peserta himpunan UMNO ini kerana jumlahnya jauh lebih kecil berbanding peserta Bersih yang hadir. Sememangya kita tahu bahawa hadirin peserta bersih memenuhi empat jalan utama menghala ke dataran iaitu Jalan Tun Abdul Rahman pergi dan balik ke dataran, Jalan Sultan menghala ke pudu, Jalan menghala ke parlimen dan Sekitar jalan di bagunan Daya Bumi. Setiap Jalan panjangnya 5 hingga tujuh Kilometer dan bagi kelebaran jalannya adalah 4-6 lorong pemanduan. Maka Jumlah peserta dianggarkan adala 300-500 ribu.
Sekitar Persimpangan Jalan Sultan
Suasana di sogo
Saya juga sempat meneliti beberapa gambar yang mengejek himpunan UMNO hari Jumaat lepas. Antaranya..
Saya mengakui bahawa saya adalah penyokong anti-Lynas dan Bersih tetapi saya kurang bersetuju dengan pihak-pihak Bersih yang boleh saya anggapkan terlalu yakin(confident) dan selesa dengan sambutan bersih. Kita mungkin sudah menang beberapa pertempuran politik kecil tetapi bagaimana pula dengan peperangan besar iaitu Pilihan Raya Umum Ke-13, isu Lynas, isu Penyenaraian Felda, isu Salah Guna kuasa dan wang dan sebagainya. Adakah kita yakin dan selesa untuk menang dengan hanya membuihkan mulut menjerit nombor jumlah peserta bersih?. Cukupkah dengan jumlah peserta bersih untuk kita memenangkan pakatan rakyat dalam pilihan raya Umum ke-13 jika dengan hanya berbekalkan kejayaan kecil ini?
Bagi saya Impak positive Bersih hanyalah untuk menakut-nakutkan DS Najib tetapi masih belum cukup untuk mendesak SPR menunaikan 8 tuntutan Bersih apatah lagi untuk memenangkan Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum akan datang.
Dijangka tarikh pilihanraya adalah pada tanggal 02/06/12 tetapi saya masih meletakkan antara bulan Jun hingga September. Saya berharap agar pembaca-pembaca yang mempunyai teman dan sahabat yang telah layak umurya (21 tahun) untuk mengundi segera mendaftar sebagai pengundi . Jika anda penyokong pakatan rakyat, berilah pendapat dan fakta yang benar kepada keluarga dan sahabat agar mereka yakin untuk mengundi kepada pakatan rakyat.
Sama-samalah kita berdoa agar pakatan rakyat memberi saingan yang cukup sengit dalam pilihan raya ke 13 ini. InsyAllah. Ingatlah bahawa pilihan raya melibatkan jumlah individu berskala besar iaitu melibatkan 18 juta rakyat Malaysia maka banyak usaha perlu dilakukan oleh kita agar kerajaan barisan yang selalunya selesa untuk membelasah harta rakyat tidak selamanya selesa. Bersambung...