Saturday 31 March 2012

Lynas: "Nilai Hartanah Tidak Terjejas", Ternyata Adnan Cakap Merapu Tanpa Rujuk Fakta Sebenar

Lucu benar bila mendengar kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) semasa beliau melancarkan majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites milik anak syarikat UMNO Pahang, Rangkaian Delima di Kuantan kelmarin. Adnan antara lain mengatakan nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Katanya nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan kawasan itu seperti di Beserah, Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas. Beliau juga katanya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di kawasan itu terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini. Malah, katanya sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat. Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang kata MB Pahang itu lagi. Namun itu adalah kenyataan Menteri Besar Pahang bagi menyokong dakwaan kononnya projek Lynas tidak memberi kesan negatif dan impak besar terhadap pasaran hartanah di kawasan berkenaan. Pernahkah beliau membaca pendedahan yang telah dibuat sebelum ini bahawa sebuah resort yang bernilai RM30 juta dibatalkan gara-gara pemaju kecewa sikap KerajaanNegeri Pahang terhadap projek Lynas. Bukankah projek resort Kuantan Gold Coast itu letaknya di Balok?. Baca artikelnya SINI.



Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Group
tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas
Soalnya sekarang, sumber rujukan mana yang Adnan pakai untuk mengukuhkan hujah beliau itu?. Pernahkah dia mendapat maklumat dan fakta yang tepat daripada agensi kewangan yang berkenaan seperti bank dan finance?. Pernahkan Adnan tahu kini pihak kewangan hanya meluluskan pinjaman perumahan sekitar 40% hingga 60% sahaja dari harga yang ditawarkan. Ini bermakna, mereka tidak berani berhadapan dengan risiko jika berlaku sebarang musibah di kemudian hari. Malah, ramai dikalangan penduduk sekitar kawasan terbabit kini menghadapi kesulitan untuk menjual hartanah mereka akibat tiada pembeli dan harga pasaran yang jauh lebih rendah daripada harga semasa. Banyak bukti telah didedahkan, cuma mungkin MB Pahang tidak sempat untuk dimaklumkan perkara ini oleh orang disekelilingnya. Bercakap ikut mulut memang sedap, tetapi sedarkan Adnan hanya mereka yang berhadapan dengan isu ini yang menghadapinya. Anehnya, bagi menyokong kenyataan Adnan itu ada pula blogger UMNO Pahang yang dikenali sebagai YB Raz menyiarkan artikel bertajuk "DAP Semakin Benci Apabila Nilai Hartanah Dan Ekonomi Kuantan Meningkat" (foto bawah). Nampaknya, mereka tidak habis-habis mengaitkan Cina dengan isu Lynas ini. Walhal majoriti ahli MCA dan penyokong BN (Cina) juga menolak projek itu. Kenapa perlu dikaitkan dengan DAP? Sedangkan sebelum ini mereka asyik menggasak Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Nampak benar mereka masih terus bermain dengan isu perkauman apabila bercakap soal projek Lynas.

[Sebenarnya sebagai MB Pahang, Adnan Yaakob tidak wajar bercakap merapu tanpa merujuk kepada fakta sebenar apa yang berlaku di kawasan terbabit. Jika benar Kerajaan Negeri Pahang mahu membeli hartanah yang tidak laku berkenaan maka selepas ini kita akan kumpulkan hartanah terbabit untuk dihantar ke Pejabat MB Pahang. Adnan lupa, sekarang ini banyak pemaju sudah berbulan-bulan gagal mendapatkan pembeli hartanah terhadap projek-projek mereka. Ini semua bukan omongan kosong tetapi berlandaskan fakta daripada Persatuan Pemaju Perumahan (HDA) di Pahang ini. Malah semasa Konvensyen Ekonomi Pahang di Zenith Hotel baru-baru ini dalam sektor Perumahan ada menyatakan pasaran rumah kediaman jatuh dari 2330 unit ke 1300 unit. Ini fakta yang dibentangkan oleh pihak yang boleh dipercayai. Apa maknanya?. Justeru, sebelum mengeluarkan kenyataan MB sepatutnya menyiasat terlebih dahulu. Jangan hanya bercakap sesedap rasa yang menyerlahkan "kedangkalan" beliau sebagai pemimpin sebuah kerajaan. Inilah yang berlaku sebenarnya. Malah, cubaan sekali lagi untuk mengaitkan Cina DAP dengan isu Lynas ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan jelas berbaur perkauman. Mereka lupa bahawa MCA juga terdiri daripada orang-orang Cina yang secara diam-diam menolak projek tersebut. Mereka akan buktikannya pada Pilihanraya Umum akan datang]. -Pahang Daily.BLOGSPOT