Friday, 4 May 2012

Bersih 3.0: Cerita tersirat disebalik bersih

     Tanggal 28 April adalah hari penyaksian seramai lebih 300,000 rakyat malaysia turun ke sekitar dataran merdeka bagi membuktikan kebencian mereka terhadap pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Ya 300,00 orang. Jika anda hadir pada hari penyaksian tersebut maka anda akan berkata ya kepada angka ini..Saya ucapkan ribuan tahniah kepada pihak terlibat diatas angka dan kesan daripada perhimpunan ini walaupun pelbagai sekatan jalan raya ,kekeliruan yang cuba ditimbulkan pihak penguasa dan amaran dibuat sebelum Bersih 3.0


Terfikirkah anda mengapa bilangan peserta kali ini begitu luar biasa dan apakah sentimennya?..bagi saya terdapat beberapa sentiment iaitu..

a) Pilihanraya semakin menghampiri dan rakyat awam mahu sistem pilihanraya sedia ada ditambah baik dan segala keraguan di 'Bersih'kan sebelum pilihan raya. Taktala ramai yang mengetahui Formula Terengganu 2004 bakal diguna pakai bagi merampas Selangor kali ini.
b) Kebencian rakyat menolak lynas..bagi rakyat yang tahu dan faham mengenai isu lynas ini yang mana dibawa semasa pemerintahan pak lah tatkala kilang Lynas ini ditolak oleh banyak negara seperti Africa selatan,Amerka latin dan China..Pak lah menerima projek ini dengan hati yang terbuka dimana beliau diberikan wang sumbangan oleh lynas sebanyak RM 500 juta sebagai saguh hati menerima projek ini.
c) Kebangkitan anak muda yang dimulakan dengan demonstrasi hapus PTPTN dan disusuli dengan perkhemahan kumpulan sepanjang 13 hari ini di dataran merdeka.
d) Sentimen kejelikan dan kemuakan rakyat mengenai politik lucah,salah guna kuasa dan korupsi oleh kerajaan selama bertahun-tahun.

Ya ! kini Najib dibelenggu dengan 3 isu besar iaitu Bersih Lynas dan NFC yang manabeliau harus selesaikan sebelum pilihan raya umum ke 13.Seperti mana yang kita tahu, beliau di sarawak pada hari itu dan kelihatan begitu gelisah.

Mengapa beliau kelihatan begitu gelisah..Jawapannya ialah beliau tahu ada gerakan yang mahu supaya orang ramai masuk ke dataran dan duduk di dataran bukan sehari tetapi berhari-hari . Hari itu perlu bagi golongan ini untuk duduk dan menguasai dataran kerana itulah hari pertama yang mungkin kepada apa yang dipanggil Malaysian Spring. Dataran Merdeka akan menjadi seperti Dataran Tahrir di mesir dan Kumpulan ini akan membesar dari hari ke hari sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan pemerintah kini. Najib perlu berbuat sesuatu.. Samaada Lari ,Berkeras dengan mengistiharkan darurat ataupun dihukum dan dipenjarakan oleh penguasa baru. Walaubagaimanapun bagi saya gerakan ini adalah tidak bertanggungjawab ,tidak bijaksana dan sia-sia jika ia benar

Saya amat bersyukur kerana perkara ini tidak terjadi. Seperti yang ramai tahu, ada peserta yang keluar membawa bayi,anak kecil dan warga emas kerana beranggapan bahawa demonstrasi ini adalah bantahan duduk,aman dan bantah. Saya secara peribadi menyelar tindakan golongan ini kerana ia tidak bertanggungjawab dan tidak waras kerana bakal melibatkan nyawa orang tidak berdosa. Kita juga masih jauh untuk kearah apa yang dipanggil revolusi dari pelbagai sudut dan ia akan menjadi sia-sia kalau dijalankan pada waktu terdekat. Ramai peserta bersih tidak diberitahu bakal bertempur dengan polis dan bahawa itu adalah gerakan mengulingkan kerajaan jika gerakan ini berjaya masuk ke dataran.

Maka mengetahui hakikat sia-sia dan tidak bertanggungjawab ini maka Dato Seri Anwar ibrahim dipersalahkan kerana dituduh memberi arahan secara isyarat tangan untuk masuk ke dataran merdeka. Video mengenai beliau mengarahkan azmin juga tersebar luas di internet selain video kereta polis dibaling dan melanggar empat peserta bersih dan keganasan polis memukul peserta bersih..




Ini adalah video oleh uploader bernama TumbangBN bertajuk 'Analisa Bersih 3.- Siapa Arah Ceroboh Dataran? yang diupload hari ini..link nya http://www.youtube.com/watch?v=DXC9AS0-vs4.Didalam video ini, DSAI menyuruh Azmin Ali berunding dengan polis tetapi apabila Azmin Ali turun sahaja dari penghadang,peserta dihadapan terus menyerbu ke dataran dan video ini juga menunjukan bahawa DSAI menyuruh orang ramai dipersimpangan jalan raja supaya patah balik menjauhi dataran. Video ini mengatakan bahawa DSAI tidak bersalah dalam hal penyerbuan ke Dataran.

Jika benar Anwar menyuruh meyerbu ke dataran maka ia adalah perkara yang paling tidak bertanggungjawab yang bakal mengundang nyawa yang tidak bersalah malahan nyawa orang ini mungkin terbang secara sia-sia tetapi jika benar beliau suruh peserta bersih bersurai maka kita patut salute kepada beliau

Apa-apa pun syukur perkara tidak menjadi sangat buruk pada hari minggu 28 April itu walaupun mungkin terdapat insiden kecil yang tidak diingini berlaku.. Apa-apa pun kita hukum pihak mana yang bersalah di peti undi..kita hanya merancang tetapi Allah juga ada rancangannya dan rancangan Allah adalah yang terbaik...Kita sama-sama menyebarkan yang baik itu sesama keluarga,sahabat taulan dan kenalan.