Friday 25 May 2012

PRU 13: KEBIADAPAN dan KEBACHULAN GOLONGAN PRO-BN SUDAH MELAMPAU

Pasca 248 telah menyaksikan beberapa insiden provokasi puak pro-BN yang bachul wal bahlul. Tidak cukup dengan penggunaan media massa seperti TV dan Radio untuk menyebarkan fitnah kini dibuat ceramah-ceramah maki hamun berdekatan dengan ceramah penerangan Perikatan Rakyat.

Tidak cukup dengan senaman punggung dan tindakan menghina dan mencabar bangsa lain,kini batu dan telur dilemparkan kepada penyokong pakatan rakyat yang datang kerana hendak mendengar ceramah penerangan dari pihak pakatan.


Saya pasti ramai yang mendengar insiden di ceramah penerangan pakatan rakyat yang mana seorang lelaki Melayu yang sudah lanjut usianya telah dibaling batu-bata oleh pemuda UMNO . Tidak cukup dengan kereta pemimpin pakatan rakyat dirosakkan kini orang yang hadir ke ceremah pakatan diugut dan dicederakan. Memang bachul!...bachul,bachul,bachul dan bachul!..



Mengapa kita nak memberi kuasa kepada golongan yang bachul seperti ini. Individu yang dicederakan mungkin bukan penyokong setia pakatan rakyat tetapi seseorang diataas pagar yang  hanya mahu mendengar hujah yang dibawa pihak pakatan.

 Setiap hari kita disumbat dengan informasi daripada UMNO dan Barisan melalui kaca televisyen dan radio yang selalunya banyak fitnah dari yang betul!. Saya secara peribadi sudah muak dan tidak percaya kepada informasi yang dibawa oleh TV,Radio dan Surat Khabar UMNO. Hendak menuduh dan memaki tetapi tidak diberi peluang walau sesaat pun kepada pemimpin pakatan untuk menerangan keadaan mereka.

Apabila debat di ajak, pelbagai alasan bachul diberikan. Apabila ceramah dibuat, batu-bata dan telur dibaling. Festival Jazz dan K-pop di Festival jutaan belia tidak membazir masa tetapi debat untuk rakyat menilai adalah membazir masa. Dayus!.

Bagi saya, jika saya ditanya sebab mengapa saya tidak menyokong UMNO.Saya akan menjawab kerana,UMNO yang ditubuh oleh mahathir kini bukan dipenuhi pejuang tetapi dipenuhi oleh businessman. Sebab itu,apabila mentadbir dan mengurus kerajaan pun guna kepala business. Jika orang UMNO angkat kontrak saya tidak marah jika projek yang diberi dijalankan dengan jujur dan baik, tetapi ini nak tipu harga harga tender, angkat komision, perjanjian konsesi projek mega yang menguntungkan kontraktor kroni secara melampau itu yang dibenci. Ya!, saya tanak negara saya ditadbir oleh golongan businessman seperti BURITAN NASIONAL HOLDING.

Kalau anta hendak muka-muka ini terus berkuasa dan selesa . Silakan!

























Tuesday 15 May 2012

PRU 13 : Gempar!!.DS Nizar hadir ke Hadir dan Duduk di ceramah UMNO Bertajuk ''Pembohongan Bersiri DS Nizar''

14 Mei, Tualang Sekah: Dato seri Nizar sempat singgah di ceramah UMNO di tualang sekah sebelum pergi ke ceramah beliau yang terletak berhampiran dengan tempat ceramah UMNO itu.

Di dalam  twitternya beliau menulis : @ MBNIZAR Saya menghadiri cramah umno mnggodam saya di Tualang Sekah kampar,oleh yb dato shaarani & hanafiah man,mrk panik&pucat.

 Ceramah tersebut di hadiri hampir seratus orang penyokong UMNO. Setibanya DS Nizar ke ceramah UMNO tersebut, yb Dato hanafiah yang juga bekas ADUN PKR menukar topik ceramah nya dari Nizar memfitnah DS Zambry kepada isu Ambiga dan IFC...




Berikut adalah video dirakamkan oleh ahli UMNO semasa tibanya DS Nizar. Audionya telah diedit bagi memastikan ke'MACHO'an pimpinan UMNO Perak tidak tergugat.. Baru sahaja hendak  membongkar video pembohongan DS Nizar tiba-tiba Dato Hanafiah Katak terpinga-pinga melarikan laptopnya. tahu buat salah!..Ingatkan Benar sangat. Sila-silakan lah Klik video dibawah!




Video seterusnya adalah ceramah Dato Seri Nizar di Tualang Sekah. Di dalam video ini beliau menceritakan pengalaman beliau menjadi tetamu Ceramah UMNO yang mengaitkan dirinya berbohong. Sila klik pada video!




Monday 14 May 2012

PRU 13: Video Laungan 'Bersih' oleh sekumpulan Rakyat Malaysia di England semasa ucapan Najib di London

Berikut adalah video ucapan Najib di O2 Arena London, Beliau disambut dengan laungan bersih di London oleh sekumpulan penyokong bersih di England...ClickVideo di bawah...video ini bertajuk picket in O2 arena



Video seterusnya adalah ucapan najib kepada sekumpulan rakyat Malaysia di O2 Arena yang bertajuk ahjib on bersih. Beliau mengutuk demontrasi bersih yang kononnya dicemari dengan kekecohan dan keganasan disamping memuji peserta2 himpunan UMNO baru-baru ini.

PRU 13: Video-video Himpunan Pekerja 13 Mei 2012


Berikut adalah ucapan-ucapan oleh pemimpin tertinggi pakatan rakyat di himpunan pekerja Shah Alam, 13 Mei 2012

 Ceramah oleh Tuan Guru Dato Seri Hadi Awang.



Ceramah DS Anwar Ibrahim.



Ceramah Pengerusi DAP Lim Kit Siang

   
                                        

Ceramah Mat Sabu.





Saturday 12 May 2012

PRU 13:Adakah dengan hanya berbangga dengan jumlah peserta Bersih 3.0 dan mengejek himpunan UMNO cukup bagi kita memenangkan Pakatan Rakyat?

Jumaat, 11 Mei 2012, Telah diadakan himpunan raksasa oleh Pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Jangkaan hadirin mencecah 100,000 ribu orang. Dalam masa yang sama, saya dapat perhatikan individu-individu Pro-Bersih mengkritik himpunan itu di dalam laman web sosial seperti twitter dan Facebook dan di laman-laman media alternatif seperti Malaysiakini ,Harakah ,Malaysian Insider dan Malaysian Today.





 Ada yang mengatakan bahawa jumlah peserta yang dianggarkan adalah agak keterlaluan, ada yang mengatakan bahawa jumlah hadirin yang ramai itu di sebabkan di sponsor faktor 6T iaitu Token(Duit) Tambang,Tempat penginapan,Tapau Makanan,Topi dan T-Shirt malahan ada yang mengatakan Mahasiswa Univesity Sekitar Kuala Lumpur diminta menghadirkan diri bagi himpunan ulang tahun ke-66 UMNO.



Ramai juga pihak Pro Bersih gembira melihat jumlah peserta himpunan UMNO ini kerana jumlahnya jauh lebih kecil berbanding peserta Bersih yang hadir. Sememangya kita tahu bahawa hadirin peserta bersih memenuhi empat jalan utama menghala ke dataran iaitu Jalan Tun Abdul Rahman pergi dan balik ke dataran, Jalan Sultan menghala ke pudu, Jalan menghala ke parlimen dan Sekitar jalan di bagunan Daya Bumi. Setiap Jalan panjangnya 5 hingga tujuh Kilometer dan  bagi kelebaran jalannya adalah 4-6 lorong pemanduan. Maka Jumlah peserta dianggarkan adala 300-500 ribu.




Sekitar Persimpangan Jalan Sultan


Suasana di sogo

Saya juga sempat meneliti beberapa gambar yang mengejek himpunan UMNO hari Jumaat lepas. Antaranya..




 
Saya mengakui bahawa saya adalah penyokong anti-Lynas dan Bersih tetapi saya kurang bersetuju dengan pihak-pihak Bersih yang boleh saya anggapkan terlalu yakin(confident) dan selesa dengan sambutan bersih. Kita mungkin sudah menang beberapa pertempuran politik kecil tetapi bagaimana pula dengan peperangan besar iaitu Pilihan Raya Umum Ke-13, isu  Lynas, isu Penyenaraian Felda, isu Salah Guna kuasa dan wang dan sebagainya. Adakah kita yakin dan selesa untuk menang dengan hanya membuihkan mulut menjerit nombor jumlah peserta bersih?. Cukupkah dengan jumlah peserta bersih untuk kita memenangkan pakatan rakyat dalam pilihan raya Umum ke-13 jika dengan hanya berbekalkan kejayaan kecil ini?

Bagi saya Impak positive Bersih hanyalah untuk menakut-nakutkan DS Najib tetapi masih belum cukup untuk mendesak SPR menunaikan 8 tuntutan Bersih apatah lagi untuk memenangkan Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum akan datang.

Dijangka tarikh pilihanraya adalah pada tanggal 02/06/12 tetapi saya masih meletakkan antara bulan Jun hingga September. Saya berharap agar pembaca-pembaca yang mempunyai teman dan sahabat yang telah layak umurya (21 tahun) untuk mengundi segera mendaftar sebagai pengundi . Jika anda penyokong pakatan rakyat, berilah pendapat dan fakta yang benar kepada keluarga dan sahabat agar mereka yakin untuk mengundi kepada pakatan rakyat.

Sama-samalah kita berdoa agar pakatan rakyat memberi saingan yang cukup sengit dalam pilihan raya ke 13 ini. InsyAllah. Ingatlah bahawa pilihan raya melibatkan jumlah individu berskala besar iaitu melibatkan 18 juta rakyat Malaysia maka banyak usaha perlu dilakukan oleh kita agar kerajaan barisan yang selalunya selesa untuk membelasah harta rakyat tidak selamanya selesa. Bersambung...




Friday 11 May 2012

PRU13: Anwar mensasarkan negeri sembilan, perak dan melaka jatuh ke pakatan.



Berikut adalah video Dato Seri Anwar Ibrahim di Bandar Saratok, Sarawak. Di dalam ucapan beliau menyeru penduduk saratok memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan memastikan kerusi Saratok menjadi menjadi milik pakatan rakyat. Beliau juga berdoa agar mendapat pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak disamping merampas negeri Melaka , Negeri Sembilan dan Perak pada pilihan raya umum akan datang.
Saya harap pembaca artikel ini melawati halaman Media Rakyat di Youtube yang kini telah mencecah 18,079,274 penonton dan 11,050 subscriber. 

Link mediarakyat disini http://www.youtube.com/user/mediarakyat/videos ..Lawatilah untuk menonton ceramah-ceramah terkini oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat.

Thursday 10 May 2012

Jemputan Ceramah PAS Di Kg.Kurnia Malam Ini


[Orang ramai juga dijemput hadir ke Ceramah PAS di di Tapak Markas Tarbiyah Kg.Kurnia, Kuantan jam 9.00 malam ini. Penceramah undangan ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang) serta Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). Kedua-dua penceramah ini akan mengupas beberapa isu semasa yang panas termasuk Bersih 3.0 dan sebagainya. Seperti biasa Ustaz Suhaimi pasti menarik perhatian orang ramai dengan tayangan "wayang pacak" slide video semasa menyampaikan ceramah beliau pada malam ini. Ceramah pada malam ini bertajuk "UMNO BN Biar Rakyat Susah, Asal Pemimpin Mewah"].

Wednesday 9 May 2012

Felda: Antara dokumen yang membuatkan Mazlan Aliman tidak percaya kepada penyenaraian FGVH

Didalam Facebooknya saudara Mazlan aliman iaitu pengerusi ANAK menulis(pada description gambar dibawah):

Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh. Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'. Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil. Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaaraian yang sakit'. Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!










Felda:Syukur dan terima kasih diatas Durian Runtuh tetapi masih berdoa penyelesaian terbaik bagi isu penyenaraian FGVH.

Umum diketahui bahawa semalam bertarikh 8 Mei 2012 di Felda Triang 3,Bera, Dato'Sri Najib mengumumkan 'Durian Runtuh' kepada 112,635 peneroka Felda berjumlah 1.689 billion yang mana berbentuk RM 15,000 kepada setiap keluarga, dan bonus dua bulan setengah kepada 23,000 kakitangan Felda.

Langkah ini dikatakan sebagai hadiah kerajaan kepada peneroka di atas penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham. Saya bersyukur dan tahniah di ucapkan kepada peneroka. Usaha anda memang wajar diberikan perhatian dan pengiktirafan oleh kerajaan.

Memandangkan Felda Kemahang 3, Gugusan Serting, Bera, Jengka, Maokil dan Gugusan Chini, kawasan parlimen Pekan - tempat perdana menteri sendiri, ramai yang memberi pendapat bahawa langkah DS Najib ini dibuat bagi meraih undi bagi Pilihan Raya Umum ke 13 yang di ura-urakan hanya beberapa minggu lagi dan tarikh 02/06/12 adalah tarikh yang dikhabarkan.  Ada juga yang mengatakan bahawa 'durian runtuh' ini adalah untuk menjerat para peneroka menandatangani "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH.Cerita selanjutnya disini..http://pahangdaily.blogspot.com/2012/05/panas-durian-runtuh-jika-jujur-kenapa.html

 'Borang Kosong yang dinyatakan'

Hari ini,Saudara Mazlan Aliman, iaitu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan pengerusi lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAS menulis sebuah artikel bertajuk '' 'Durian runtuh': Peneroka tak tersandar dalam kejutan.'',Artikel ini disiarkan di Portal Berita Alternative ,Malaysiakini dan linknya disini, http://www.malaysiakini.com/news/197383 . Didalam Artikel ini, beliau menentang sekeras-kerasnya penyenaraian FGVH ke bursa saham kerana ditakuti akan menjejaskan harta peneroka jika saham FGVH rugi. Kegelisahan beliau disampai melalui petikan ini ...

Penipuan mereka melalui tujuh buah bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, faedah 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

Seramai 125 peneroka Felda sebahagian daripada ribuan lagi peneroka yang telah tertipu kerana menandatangani borang perjanjian pinjaman yang mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak dapat membezakan antara 'durian runtuh' dengan pinjaman saham FGVH. Mereka memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Seremban kelmarin kerana teramat bimbang daripada risiko pinjaman yang boleh sahaja tergadai aset mereka
. - Saudara Mazlan Aliman-Sila click link diatas bagi artikel penuh.

 Disini saya tegaskan bahawa saya tumpang gembira terhadap pemberian ''Durian Runtuh'' terbabit dan mengharap janganlah kita menghina Dato Seri Najib atas beberapa langkah seperti pemberian durian runtuh ini, pengumuman gaji minimum bagi pekerja sektor awam,pembatalan SBPA, dan pemansuhan AUKU. Sesungguhnya langkah-langkah ini sedikit sebanyak menguntungkan rakyat walaupun saya tidak menolak kemungkinan '' Ada Udang disebalik Batu'' . Walaupun isu-isu ini banyak dibawa oleh pihak pakatan tetapi keterbukaan hati DS Najib untuk melakukannya harus dipuji.

Jika benar nasib saham FGVH akan menjadi seperti Lembaga-lembaga kerajaan lain yang diswastakan seperti MAS, amanah saham negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB dan BERNAS. Diharap pihak terlibat menentang penyenaraian FGVH ke bursa saham. Saya juga memahami perasaan individu-individu di dalam felda yang menentang penyenenaraian FGVH. Mana tidaknya, FGVH bakal di uruskan oleh Tan Sri Isa Samad yang mana terkenal dengan politik wang bagi memancing undi di dalam pemilihan UMNO.  

Berikut adalah antara sedutan rakaman semasa acara pengumuman 'Durian Runtuh' .




 ''Haram Jadah Mereka Tu''-DS Najib

Monday 7 May 2012

Bersih3.0: Rahim Nor Gelar Nik Aziz sebagai 'Bapa Kafir'

Seperti Artikel yang saya siarkan semalam,(linknya disini http://pru13anakpahang.blogspot.com/2012/05/bersih-30-pendapat-tuan-guru-nik-aziz.html ) , tok guru hanya menegur majlis fatwa dan mengatakan bahawa kenyataan fatwa dibuat adalah berat sebelah dan menggunakan sebelah mata. Kenyatan tok guru ini sudah sangat beradab dan lembut.

 Malangnya ada pihak yang memberi respon kepada tok guru dengan begitu kurang  dan biadap. Hari ini disiarkan di dalam surat khabar harian berbahasa Inggeris News Stairt Times kenyataan bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Rahim Nor mengatakan bahawa '' Nik Aziz Is Father Of Kafir'' atau dalam melayunya Nik Aziz Bapa Golongan kafir kerana kenyataan Tok Guru selama ini menyokong bersih 3.0.


Tan Sri Rahim Nor menambah bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah ''joker'' atau pelawak bagi individu yang memahami perjuagan Tok Guru semata-mata adalah untuk mempertahankan kuasa di kelantan.


Tan Sri Rahim Nor adalah individu yang terlibat di dalam kes Lebam Mata 98 yang mana Dato Sri Anwar Ibrahim menuduh beliau membelasahnya ketika di dalam tahanan polis. Semasa kes itu sedang hangat, Rahim Nor meyankal sekeras-kerasnya dakwaan Dato Sri Anwar Ibrahim dan mengatakan bahawa Dato Sri Anwar memukul dan mencederakan dirinya sendiri.

Diharap Tan Sri Rahim Nor segera menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada tok guru. Pada firasat saya kenyataan Tan Sri Rahim Nor dibuat kerana kebencian orang ramai terutama kumpulan Pro-Bersih terhadap kekejaman polis semasa perhimpunan tersebut.

Disini saya selitkan Video kehidupan seharian tok guru nik aziz... 




Diharap pihak-pihak yang mahu mengkritik tok guru nik aziz mengunakan adab dan teguran yang bernas..Takut kalau kita terlalu menghina, kita akan menghina orang yang banyak pengorbanannya kepada rakyat..





BERSIH 3.0: Pendapat Tuan Guru Nik Aziz berbeza dengan Majlis Fatwa

Kota Bharu, 7 Mei-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Penuh disini : http://www.malaysiakini.com/news/197213 .

[ Teguran Nik Aziz yang beradab, nampak sangat pihak penguasa kini mengerakkan segala jentera dan agensi kerajaan seperti polis,felda,kementerian-kementerian lain malahan majlis fatwa diperalatkan untuk meraih undi dan mempertahankan kuasa. Saya sokong Tuan Guru!..}

Artikel lain mengenai isu Fatwa Wilayah disini

http://pru13anakpahang.blogspot.com/2012/05/respon-kepada-fatwa-mufti-wilayah.html


Sunday 6 May 2012

PRU 13: Ibu Pejabat PKR Pahang Di Ceroboh Malam Tadi, Penjenayah Larikan Dokumen Penting Parti

KUANTAN, 7 Mei - Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Jalan Beserah dekat sini telah diceroboh malam tadi. Perakara itu dilaporkan oleh blog rasmi parti itu pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang. Menurut beliau, beberapa dokumen penting, komputer serta peralatan pejabat didapati telah hilang. Malah, turut dirosakkan adalah talian elektrik di seluruh kawasan pejabat berkenaan (diputuskan). "Saya ke pejabat sekitar jam 9.30 malam tadi untuk melakukan tugasan. Setiba di pejabat saya tengok rantai pintu pagar telah diputuskan. Saya percaya penceroboh masuk ke pejabat melalui siling kerana tiada kesan pintu yang dipecahkan", katanya. Beliau percaya perbuatan khianat tersebut telah dirancang oleh pihak yang berkenaan bagi mensabotaj parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Malah, kehilangan beberapa dokumen pentong serta komputer yang mengandungi data-data parti membuktikan modus operandi yang sama dilakukan oleh penceroboh semasa kejadian yang sama di pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) di Bukit Sekilau dulu. Malah, sebelum ini (28 Nov 2011) juga telah berlaku kecurian di lokasi (Pejabat PKR Pahang) yang sama di mana lima buah kompresor hawa dingin didapati telah hilang. Satu laporan polis akan dibuat berkaitan kes ini dan difahamkan satu sidang media akan dilakukan pagi ini berkaitan insiden tersebut. Sementara itu Keadilan Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab. -Pahang Daily Online.


 [ Berdasarkan 3 kejadian sebelum ini, saya simpulkan bahawa perbuatan ini bermotifkan politik memandangkan kebangkitan dan kebencian rakyat terhadap Kerajaan korupsi dan zalim ini pada 284 dan pilihanraya yang semakin menghampiri, Saya harap pakatan rakyat di Pahang bekerja lebih kuat merampas Pahang daripada BN .Amin]

Respon kepada Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan Dato Hj Wan Zahidi Wan Teh Mengenai Dosa besar menyertai perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan.


Respon kepada 3 perenggan dari kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah dosa besar dan boleh menjejaskan iman


 Respon bagi  perenggan pertama iaitu :

[Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat] - perenggan pertama

Pertamanya, kenyataan perenggan ini tidak diserta dengan mana-mana hadith atau paling kurang menyatakan dari mana sumber(riwayat) untuk mengukuh kenyataan di dalam perenggan ini. 

Melalui kenyataan ini, kefahaman saya adalah hanya ahlul sunnah wal jamaah yang akan dijanjikan syurga(selamat di akhirat) dan yang lain akan ke neraka. Maka golongan nasrani,yahudi, malahan golongan pecahan islam sendiri iaitu syiah ditetapkan ke dalam neraka memandangkan ahlul sunnah sahaja yang akan terselamat. Maka tidak silap bagi saya mengatakan bahawa golongan syiah adalah kafir mengikut kefahaman saya pada perenggan pertama ini

Saya tertanya dan terus bertanya, jika golongan syiah ini bukan islam mengapa mereka dibenarkan masuk ke kota suci mekah untuk menunaikan haji dan umrah???..Mengapa??

Di malaysia, kerajaan menangkap dan menahan mana-mana rakyat yang mempraktikkan syiah di Malaysia tetapi warga Iran di Malaysia tidah ditahan dan dihukum di Malaysia?? Bukankah mereka juga dianggap sesat kerana mereka adalah syiah??...Malahan mereka diberi lesen perniagaan dan peluang untuk belajar di malaysia.


Respon bagi perenggan kedua:

[Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitu penting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah

2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’ mengatakan:
َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ
“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para pemerintah daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :
َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ ﺍﻟﺴﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ
“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya”] -perenggan kedua

 Melalui perenggan ini, isu utamanya adalah '' Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting......'' kemudian mufti wilayah ini membuktikan melalui Surah Annisa' ayat ke 59 yang mana Mafhumnya,


 "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. "(59).


Mentaati Allah dan Rasul adalah sangat jelas dan tidak perlulah saya ulas lebih lanjut tetapi saya mempersoalkan apakah definisi ‘Ulil-Amri’ atau penguasa dikalangan kita?? Bagaimanakah ‘Ulil-Amri’ atau (orang berkuasa) ini dipilih????  

Adakah melalui sistem pilihanraya?..atau Melalui penjajahan??..atau rampasan kuasa melalui ketenteraan??.atau Melalui sistem keturunandan darah?? Atau dipilih dikalangan orang cerdik pandai ?? atau orang yang kuat ibadahnya??.

Perlu dijelaskan sejelas-jelasnya definisi dan ciri-ciri Ulil-Amri(pemerintah dikalangan kita) kerana kenyataan didalam  perenggan ini menuntut kita supaya  tunduk kepada  pemerintah di kalangan kita..

adakah kita patut tunduk kepada pemerintah zalim yang dipilih melalui sistem  pilihanraya yang ditipu??..dan.. adakah kita patut tunduk kepada pemerintah walaupun mendapat kuasa melalui penjajahan??..Diingat bahawa penjajah alaf baru ini tidak lain dan tidak bukan Amerika dan Zionist.

Definisi ‘Ulil-Amri’ itu ada dan jelas tetapi sama-sama kita tunggu apa penjelasan Tuan Mufti….



Respon bagi perenggan ketiga iaitu..


[3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.
Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :
َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍ ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔
‘’Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dengan ijmak ulama “].Perenggan ketiga.


Melalui perenggan ketiga di dalam kenyataan rasmi ini, apa yang saya faham adalah hukum cuba menentang penguasa adalah berdosa besar dan dosanya setaraf dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, dan juga berzina…

Bagaimana hukumnya pula jika kita menentang pemerintah yang mengharamkan solat berjemaah di masjid tetapi menghalalkan maksiat?? Adakah  berdosa besar??..Bagaimana pula dengan menentang pemerintah yang membawa lari wang rakyat dan mengamalkan politik lucah??..Perlu juga kita diataati ?

Tuan Mufti bagaimana pula seruan amal ma’aruf nahi mungkar yang patut dipegang oleh semua orang islam seperti mana diperintah di dalam surah At-Taubah ayat 71. Mafhumnya
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh yang ma’ruf dan melarang yang mungkar;
dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[al-Taubah 9:71]
 Di manakah tuan mufti meletakan sempadan atau batasan seorang pemimpin itu sebelum membolehkan rakyat menentang seseorang pemimpin itu??. Jika tidak apabila menentang pemerintah sahaja maka kita akan masuk ke dalam golongan anjing neraka kerana dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda

 “ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka “

Wahai tuan mufti.. ingatlah firman tuhan di dalam surah At Taubah ayat 9..mafhumnya
‘Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan’. Surah At –Taubah ayat 9.
Saya yakin ramai pihak tidak akan mempertikaikan fatwa seorang mufti. Tetapi bagi saya menjadi tanggungjawab untuk mempersoalan sesuatu kenyataan mufti itu apabila terdapat kepincagan. Bagi saya bagi menghukum sesuatu perbuatan itu sebagai dosa besar perlu jelas sesuatu kenyataan fatwa. 

Bukan disorok kebenaran dan di buat mengikut kehendak sesuatu pemerintah.Saya tahu pemerintah kini sedang panik dengan kebangkitan rakyat.Janganlah hanya demi mempertahankan pangkat sebagai mufti,fatwa diadakan mengikut selera pemerintah.
Saya anggap saudara mufti juga seorang ahli sunnah,maka jangan kita lupa antara Imam Ahli sunnah iaitu Imam Hambal pernah diseksa oleh Khalifah Mansur semasa hidup beliau.. Saya ingatkan balik firman Allah di dalam Surah AT-Taubah ayat 9, Mafhumnya

‘Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan’. Surah At –Taubah ayat 9.


Saturday 5 May 2012

BERSIH 3.0: FATWA DATO' HJ. WAN ZAHIDI WAN BIN WAN TEH MENGENAI 3.0

Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN

Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitupenting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah.

2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’ mengatakan:
َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭﱃ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ
“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para pemerintah daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :
َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ ﺍﻟﺴﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍﳌَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﹾﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ
“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya”

3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :
َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍﳋ ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﹾﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔
“ Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dengan ijmak ulama “

4. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.
Benih pertama kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan menyifatkannya sebagai “tidak adil”. Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari yang bermaksud, “orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)“.

Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda
ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻛﻼﺏ ﺍﳋﻮﺍﺭﺝ “ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka “

.

PRU-13: Mahasiswa Ugut Polis akibat keganasan Polis ditahan,Pemuda UMNO samseng Diagungkan

KUALA LUMPUR 5 Mei - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath (foto)yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetujujika kesemua polis dibunuh gara-gara keganasanmereka di Himpunan Bersih 3.0, telah ditahan reman oleh pihak polis sebaik saja tiba untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10.00 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cherasuntuk siasatan lanjut. Difahamkan, sejak semalam rumahnya telah dikepung oleh pihak polis. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden,Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) kini berkemungkinan besar akan didakwa atas tuduhan tersebut. Sama ada beliau turut akan dibelasah atau tidak, ia meungkin bergantung kepada pihak polis. Namun, ramai pihak percaya anak muda itu pasti akan dibelasah teruk gara-gara kenyataan beliau itu. Persoalannya yang timbul sekarang ialah jika benar pihak polis melaksanakan tugas dengan betul dan adil kepada semua rakyat maka kenapa mereka tidak turut mengambil tindakan yang sama terhadap seorang anggota Pemuda UMNO, Mohd Safuan Hilmi (foto bawah) yang juga telah mengeluarkan kenyataan "Aku Sanggup Di Hukum Gantung Jika Aku Dapat Bunuh Nik Aziz"?. Apakah kerana dia UMNO maka pihak polis tidak melakukan apa-apa tindakan terhadapnya?. Kenapa kenyataan Khalid yang hanya diandaiakan dengan perkataaan "Jika" itu dijadikan asas untuk mereka menangkap beliau?. Apakah ini cara pihak polis melaksanakan kerja dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Jika mereka namanya UMNO BN maka begitu sukar untuk pihak polis jalankan siasatan. Namun, jika namanya menyokong pembangkang maka sepantas kilat mereka laksanakan tugas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin hari semakin "menyampah" dan tidak yakin lagi dengan pihak polis sebenarnya. Apapun, kita mengharapkan agar Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan terhadap diri beliau ketika ditahan polis hendaknya. Barisan peguam yang hebat-hebat perlu untuk membela anak muda tersebut. Apapun, sokongan semua amatlah diharapkan untuk menguatkan lagi semangat anak muda berkenaan untuk terus berjuang untuk tegakkan kebenaran dan keadilan di bumi tercinta ini.



[ Semoga saudara Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat. Agar beliau tidak didera dalam tahanan polis. Beliau walaupun seorang anak muda tetapi semangat beliau untuk melihat perubahan di dalam negara ini perlu dipuji. Beliau antara mahasiswa yang berkhemah selama 13 hari di dataran merdeka bagi menuntut hak pendidikan percuma dan penghapusan berperingkat PTPTN. -SB]

Friday 4 May 2012

Bersih 3.0: Cerita tersirat disebalik bersih

     Tanggal 28 April adalah hari penyaksian seramai lebih 300,000 rakyat malaysia turun ke sekitar dataran merdeka bagi membuktikan kebencian mereka terhadap pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Ya 300,00 orang. Jika anda hadir pada hari penyaksian tersebut maka anda akan berkata ya kepada angka ini..Saya ucapkan ribuan tahniah kepada pihak terlibat diatas angka dan kesan daripada perhimpunan ini walaupun pelbagai sekatan jalan raya ,kekeliruan yang cuba ditimbulkan pihak penguasa dan amaran dibuat sebelum Bersih 3.0


Terfikirkah anda mengapa bilangan peserta kali ini begitu luar biasa dan apakah sentimennya?..bagi saya terdapat beberapa sentiment iaitu..

a) Pilihanraya semakin menghampiri dan rakyat awam mahu sistem pilihanraya sedia ada ditambah baik dan segala keraguan di 'Bersih'kan sebelum pilihan raya. Taktala ramai yang mengetahui Formula Terengganu 2004 bakal diguna pakai bagi merampas Selangor kali ini.
b) Kebencian rakyat menolak lynas..bagi rakyat yang tahu dan faham mengenai isu lynas ini yang mana dibawa semasa pemerintahan pak lah tatkala kilang Lynas ini ditolak oleh banyak negara seperti Africa selatan,Amerka latin dan China..Pak lah menerima projek ini dengan hati yang terbuka dimana beliau diberikan wang sumbangan oleh lynas sebanyak RM 500 juta sebagai saguh hati menerima projek ini.
c) Kebangkitan anak muda yang dimulakan dengan demonstrasi hapus PTPTN dan disusuli dengan perkhemahan kumpulan sepanjang 13 hari ini di dataran merdeka.
d) Sentimen kejelikan dan kemuakan rakyat mengenai politik lucah,salah guna kuasa dan korupsi oleh kerajaan selama bertahun-tahun.

Ya ! kini Najib dibelenggu dengan 3 isu besar iaitu Bersih Lynas dan NFC yang manabeliau harus selesaikan sebelum pilihan raya umum ke 13.Seperti mana yang kita tahu, beliau di sarawak pada hari itu dan kelihatan begitu gelisah.

Mengapa beliau kelihatan begitu gelisah..Jawapannya ialah beliau tahu ada gerakan yang mahu supaya orang ramai masuk ke dataran dan duduk di dataran bukan sehari tetapi berhari-hari . Hari itu perlu bagi golongan ini untuk duduk dan menguasai dataran kerana itulah hari pertama yang mungkin kepada apa yang dipanggil Malaysian Spring. Dataran Merdeka akan menjadi seperti Dataran Tahrir di mesir dan Kumpulan ini akan membesar dari hari ke hari sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan pemerintah kini. Najib perlu berbuat sesuatu.. Samaada Lari ,Berkeras dengan mengistiharkan darurat ataupun dihukum dan dipenjarakan oleh penguasa baru. Walaubagaimanapun bagi saya gerakan ini adalah tidak bertanggungjawab ,tidak bijaksana dan sia-sia jika ia benar

Saya amat bersyukur kerana perkara ini tidak terjadi. Seperti yang ramai tahu, ada peserta yang keluar membawa bayi,anak kecil dan warga emas kerana beranggapan bahawa demonstrasi ini adalah bantahan duduk,aman dan bantah. Saya secara peribadi menyelar tindakan golongan ini kerana ia tidak bertanggungjawab dan tidak waras kerana bakal melibatkan nyawa orang tidak berdosa. Kita juga masih jauh untuk kearah apa yang dipanggil revolusi dari pelbagai sudut dan ia akan menjadi sia-sia kalau dijalankan pada waktu terdekat. Ramai peserta bersih tidak diberitahu bakal bertempur dengan polis dan bahawa itu adalah gerakan mengulingkan kerajaan jika gerakan ini berjaya masuk ke dataran.

Maka mengetahui hakikat sia-sia dan tidak bertanggungjawab ini maka Dato Seri Anwar ibrahim dipersalahkan kerana dituduh memberi arahan secara isyarat tangan untuk masuk ke dataran merdeka. Video mengenai beliau mengarahkan azmin juga tersebar luas di internet selain video kereta polis dibaling dan melanggar empat peserta bersih dan keganasan polis memukul peserta bersih..




Ini adalah video oleh uploader bernama TumbangBN bertajuk 'Analisa Bersih 3.- Siapa Arah Ceroboh Dataran? yang diupload hari ini..link nya http://www.youtube.com/watch?v=DXC9AS0-vs4.Didalam video ini, DSAI menyuruh Azmin Ali berunding dengan polis tetapi apabila Azmin Ali turun sahaja dari penghadang,peserta dihadapan terus menyerbu ke dataran dan video ini juga menunjukan bahawa DSAI menyuruh orang ramai dipersimpangan jalan raja supaya patah balik menjauhi dataran. Video ini mengatakan bahawa DSAI tidak bersalah dalam hal penyerbuan ke Dataran.

Jika benar Anwar menyuruh meyerbu ke dataran maka ia adalah perkara yang paling tidak bertanggungjawab yang bakal mengundang nyawa yang tidak bersalah malahan nyawa orang ini mungkin terbang secara sia-sia tetapi jika benar beliau suruh peserta bersih bersurai maka kita patut salute kepada beliau

Apa-apa pun syukur perkara tidak menjadi sangat buruk pada hari minggu 28 April itu walaupun mungkin terdapat insiden kecil yang tidak diingini berlaku.. Apa-apa pun kita hukum pihak mana yang bersalah di peti undi..kita hanya merancang tetapi Allah juga ada rancangannya dan rancangan Allah adalah yang terbaik...Kita sama-sama menyebarkan yang baik itu sesama keluarga,sahabat taulan dan kenalan.


Thursday 3 May 2012

PRU-13: PENGALAMAN BERSIH 3.0

Jika anda tidak hadir pada hari itu mungkin anda tidak memahami betapa luar biasanya suasana pada hari itu...maksud saya luar biasa adalah dari segi jumlah peserta dan kejadian yang tidak dijangka yang berlaku pada hari itu....

Pada hari itu ,sesampainya saya di masjid negara pada jam 12.30 ptg, saya melihat satu barisan polis dijalan hang jebat iaitu jalan menuju ke dataran merdeka(betu-betul dihadapan pejabat pos negara)...di perkarangan luar masjid ,saya berehat sambil mendegar ucapan daripada timbalan presiden pas iaitu mat sabu...disana hanya kelihatan kumpulan kecil dalam sekitar 1000 orang berkumpul di sekeliling mat sabu...terlihat juga kumpulan kecil polis berehat dan bergurau senda dengan peserta bersih sambil menghisap rokok.

Mula Bergerak Ke dataran Merdeka

Kedengaran azan zuhur berkumandang, saya bersama rakan saya yang lain mengambil air sembahang di air pancut di perkarangan masjid....kami naik keatas masjid dan kelihatan ruang solat di dalam masjid negara dipenuhi dengan peserta bersih berpakaian kuning maka kami sekawan mengambil keputusan untuk sembahyang di ruang sembahyang bawah...rupa-rupanya majoriti daripada mereka berehat diatas tetapi bukan di bawah..mungkin cuaca amat terik..

Ruang Masjid Negara Semasa Solat Zuhur

Selesai menunaikan solat kami bergerak menuju ke perkarangan masjid iaitu tempat dimana kami mula-mula kami tuju sesampai kami di perkarangan masjid..disana unit amal pas menyeru agar para peserta bersih  bergerak menghala ke stesen kereta api tanah melayu bukan berkumpul di hadapan daya bumi iaitu bagunan berdekatan dengan dataran merdeka..

 Kami berarak  sepanjang jalan dihadapan stesen kereta api sehingga dataran maybank di pudu melalui pasar seni dan jalan petaling..disana ..saya meniti diatas satu pembahagi jalan dan saya melihat lautan kuning ..bila disebut lautan maka dimaksudkan sejauh mata memandang di hadapan dan di belakang kami...

Semasa perarakan ..banyak kereta dan land rover polis melaui kumpulan perarakan secara perlahan..kami melambaikan tangan kepada polis dan ada polis melambaikan tangan kepada kami balik..ada peserta yang memberikan air dan gula-gula percuma dan kami menyanyikan lagu barisan kita dan negaraku secara aman.

Sesampainya kami di pudu ..peserta bersih ini terpaksa berhenti di dataran maybank mendengar ucapan tuan guru haji hadi awang, mat sabu dan beberapa orang. Saya bersama rakan-rakan saya mendengar sekejap sahaja ucapan tersebut memandangkan kami lihat disepanjang jalan pudu menghala ke dataran sepanjang 6 kilometer dipenuhi dengan manusia kami mengambil keputusan bergerak kehadapan menghala ke dataran merdeka dari jalan pudu.

Suasana di Dataran Maybank Di Pudu Raya


 Pada awalnya ,kami bercadang mahu bergarak terus melaui jalan sultan dari pudu raya tetapi memandangkan terlalu sesak dengan orang ramai yang duduk memandangkan sepanjang jalan sultan terdapat tiga kelompok besar peserta yang sedang mendengar ucapan dari ketua kumpulan masing-masing maka kami mengambil keputusan melalui celahan bagunan.Walaubagaimanapun di celahan bagunan tersebut terdapat kelompok-kelompok kecil maka menyebabkan kami terpaksa bertukar arah kerana mahu tersekat didalam sesuatu kelompok sahaja...

Sepanjang Jalan Sultan

Kami melalui bagunan ibupejabat HSBC dan menyelusuri tebing sungai gombak dan kami bertemu semula bersama kumpulan besar di masjid jamik yang pada ketika itu berasakan mahu mendekati dataran merdeka...baru sahaja sampai di hadapan masjid jamik tiba-tiba kami melihat asap berwarna putih dan apabila kami hidu...terasa seperti sesuatu mencekik kami...dan saya melihat kawan-kawan saya seperti menangis dan mata berwarna merah..kami berlari ke dalam masjid jamik...disana kami membasuh muka dan memakan garam yang diberikan seseorang disana...

Sepanjang hari kami dari jam 3 setengah sampai pukul 5 petang kami hanya tersekat di dalam masjid jamik..disana kami hanya menolong melegakan kesesakan nafas akibat gas pemedih mata...Dalam pukul lima lebih kami bergerak menuju ke pudu semula dan mahu bergerak balik ke masjid negara kerana motor ada disana..

Tetapi sesampai kami di pudu banyak gas pemedih mata maka kami mengambil keputusan pergi ke jalan chulan dan mengambil monorail dan kami mengambil pertukaran LRT star dan turun di stesen KL sentral...kami berjalan ke masjid negara dan mengambil motor yang kami parking di bulatan stesen kereta api...kami balik ke rumah dan sampai dalam pukul enam petang..


Keesokan harinya kami dengar perarakan sepanjang jalan TAR amat kecoh dan kami bersyukur kerana kelompok kami tidak seaggressive mereka...Alhamdullilah...Kami pernah pergi semasa malaysia menentang singapura semasa kelayankan piala dunia di stadium nasional bukit jalil dan kami berpendapat bahawa jumlah pada hari itu sangat berlainan dengan jumlah bersih 3.0..pada perlawanan bola sepak itupun dikatakan penonton lebih 120,000 orang..pada bersih 3.0...Orang ramai membanjiri Sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman sepanjang lima kilometer..pergi dan keluar dari dataran dan sepanjang jalan sultan dari masjid jamik sehingga ke pudu ..belum lagi di jumlahkan dengan peserta dari arah majlis peguam..saya pun lupa nama jalan tersebut...agak luar biasa..saya beranggapan lebih 300,000 yang hadir seperti yang dikatan Dato'Ambiga dan Dato A.samad said...tetapi bagi saya jumlahnya lebih daripada itu dan bagi perkiraan saya ia menjankau lima ratus ribu....jika anada tidak percaya anda tanya peserta pada hari itu.