Sunday, 25 March 2012

Lynas: Radiasi & Kanser

KUANTAN, Malaysia — A colossal construction project here could help determine whether the world can break China’s chokehold on the strategic metals crucial to products as diverse as Apple’s iPhone,Toyota’s Prius and Boeing’s smart bombs.
As many as 2,500 construction workers will soon be racing to finish the world’s largest refinery for so-called rare earth metals — the first rare earth ore processing plant to be built outside China in nearly three decades.
For Malaysia and the world’s most advanced technology companies, the plant is a gamble that the processing can be done safely enough to make the local environmental risks worth the promised global rewards.
Once little known outside chemistry circles, rare earth metals have become increasingly vital to high-tech manufacturing. But as Malaysia learned the hard way a few decades ago, refining rare earth ore usually leaves thousands of tons of low-level radioactive waste behind. New York Times 8 Mac 2011. 


http://www.nytimes.com/2011/03/09/business/energy-environment/09rare.html?_r=1&scp=2&sq=lynas&st=Search Artikel Penuh.
 Aktiviti kilang Lynas dan bahan buangan beradiasi:

Al maklum... Artikel inilah yang Artikel yang pertama dikeluarkan mengenai kilang nadir bumi di gebeng dan mendapat kerisauan sesetengah pihak untuk memperjuagkan agar kilang ini ditutup..Mengapa perlu dirisaukan??...seperti yang disebut di dalam artikel diatas kilang nadir bumi ini hanya terdapat di negara besar iaitu china dan amerika.. di Amerika juga ..kilang pemprosesan ini terletak di padang jarang death valley, California..suatu tempat yang tiada penduduk dan jauh dari penduduk....
Dibinanya kilang itu atas permintaan bahan nadir bumi ini untuk digunakan bagi pembuatan LCD,smart phone dan smart bomb dan bahan lain yang mana radiasi boleh menjana tenaga bagi produk-produk ini.  Bagi mendapatkan bahan yang hendak dikormesialkan proses pengasingan berperingkat akan dijalan di gebeng apabila bahan mentah iaitu thorium-232 diterima dari pusat galian bahan nadir ini di Mount Weld,Australia ...
Bahan ini akan diproses di gebeng supaya bahan buangan ini akan dibuang di malaysia bukan di Australia kerana rakyat Australia menolak bahan buagan tersebut di Australia..

Mount weld  iaitu terletak jauh dipadang pasir di australia dan tiada penduduk di kawasan itu....dibina jauh dari kawasan penduduk adalah kerana kesan radiasinya bahaya untuk kepada kesihatan kerana radiasi adalah faktor berisiko (risk faktor) untuk mendapat kanser terutamanya kanser darah putih (leukimia).


Pengalaman Bukit Merah dan Asian Rare Earth:

Pada sekitar 80-an di bukit merah yang mana telah pernah berdirinya Asia Rare Earth factory iaitu satu kilang syarikat jepun yang memproses bahan yang sama. Kilang  telah membawa kepada meningkatkatnya bilangan pesakit yang menghidapi penyakit kanser darah putih dikalangan populasi berhampiran dengan kilang tersebut. Kilang ini ditutup atas keputusan mahkamah yang mana kesya dibawa oleh doktor dan penduduk setempat yang membantah kilang tersebut. Perlu diingat bahawa kilang tersebut berskala lebih kecil aktivitinya berbanding kilang LYNAS yang bakal beroperasi yang mana dikatakan kilang bahan nadir bumi terbesar di dunia dan bakal memecahkan dominasi China yang kini sudah memperlahankan operasi memproses bahan nadir ini.

Radiasi punca penyebab Mutasi:

 Bagaimana radiasi membawa kepada kanser ??...Sel Kanser yanag mana dikenali juga sebagai Sel Mutasi adalah berasal dari sel pramatang sesuatu sel yang spesifik. Sebagai contoh Leukimia..Sel Mutasi Leukimia terdiri daripada sel pra matang(stem sel) darah putih....  Sel darah putih yang pramatang akan membahagi secara aktif setiap hari di sum-sum tulang seseorang manusia bagi membekalkan sel darah putih yang matang kepada aliran darah di salur darah untuk menjalankan fungsi immunity yang secukupnya kepada badan manusia.  Proses pembahagian tersebut dikenali sebagai mitosis dan dikawal atur dengan baik oleh genetic bagi seseorang manusia yang normal yang mana terletak di dalam nucleus sesuatu sel...fungsi genetic adalah perlu bagi mengehadakan jumlah pembahagian sesuatu sel yang mana sel pramatang akan mati jika membahagi berlebihan ataupun tidak sempurna(apoptosis) ataupun menambah lagi proses pembahagian(mitosis).
Genetic adalah bahan maklumat didalam badan manusia dan ia terletak di dalam nucleus sesuatu sell. Bahan maklumat genetik ini dijadikan tuhan yang maha esa tersusun baik untuk mengawal atur fungsi sel.Apabila susunan genetic ini diganggu atau dimusnahkan oleh radiasi yang tinggi (seperti kes ini),  virus, dan beberapa bahan kimia yang toxic, ia boleh membawa kepada hilangnya kawal atur yang sempurna. Sel akan membahagi tanpa had lalu menjadi banyak dan hilang rupa bentuk(morphology) asal sesuatu sel. Maka sel yang terhasil ini diklasifikasikan sebagai sel kanser atau sel mutas.
Sel mutasi(Sel kanser) ini menyebabkan hilangnya fungsi sesuatu sel iaitu bagi sel darah putih fungsinya adalah pertahanan daripada mikroorganisma seperti bakteria dan virus .Perkara yang lebih membimbangkan mengenai sel mutasi adalah keupayaannya memusnahkan sel-sel sempurna pada organ-organ manusia terutama sum-sum tulang,hati,peparu dan otak. Sel mutasi ini merebak organ di badan kita melalui salur darah dan saluran limfa dan mampu mengambil alih populasi sel normal pada satu-satu organ.

 Sel Mutasi daripada Sel Darah putih
Jika sel mutasi berasal dari sel pramatang sel darah putih..penyakit ini disebut sebagai leukimia...terdapat beberapa jenis leukima seperti Acute Myeloid Leukimia,Chronic Myeloid Leukimia,Acute/Chronic Lymphoid Leukimia....jenis-jenis ini ditentuka oleh rupa bentuk sel mutasi tersebut dan boleh dikenalpasti melalu microscope cahaya apabila sample dari sum-sum tulang dan darah diambil.
Seperti yang saya sudah katakan..radiasi akan membawa kepada rosaknya susun atur genetic terutama pada sel yang aktif membahagi. Maka sel-sel lain yang yang aktif membahagi seperti janin akan terjejas juga maka lahirlah bayi yang ta sempurna fizikalnya (kecacatan janin).

Gambar pesakit leukimia.
Jika benar kilang ini selamat..menagapa tidak didirikan di Australia...malahan mendapat bantahan kerana bahan buangannya akan dibuang di Australia??...Selain itu adakah kita tidak belajar dari pengalaman bukit merah dan sanggupkah kita menjadi tong sampah demi keuntugan sesetengah individu.
Saya memohon maaf jika susunan ayat artikel ini kurang memuaskan tetapi isu ini adalah isu kesihatan dan perlu dipandang serius. - Stanley Bonker