Respon kepada 3 perenggan dari kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah dosa besar dan boleh menjejaskan iman
Respon bagi perenggan pertama iaitu :
[Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih
bahawa di antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi
pelbagai aspek agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan
antara pemerintah dan rakyat] - perenggan pertama
Pertamanya, kenyataan perenggan ini
tidak diserta dengan mana-mana hadith atau paling kurang menyatakan dari mana
sumber(riwayat) untuk mengukuh kenyataan di dalam perenggan ini.
Melalui kenyataan ini, kefahaman saya adalah hanya
ahlul sunnah wal jamaah yang akan dijanjikan syurga(selamat di akhirat) dan
yang lain akan ke neraka. Maka golongan nasrani,yahudi, malahan golongan
pecahan islam sendiri iaitu syiah ditetapkan ke dalam neraka memandangkan ahlul
sunnah sahaja yang akan terselamat. Maka tidak silap bagi saya mengatakan
bahawa golongan syiah adalah kafir mengikut kefahaman saya pada perenggan pertama ini
Saya tertanya dan terus bertanya, jika golongan syiah
ini bukan islam mengapa mereka dibenarkan masuk ke kota suci mekah untuk
menunaikan haji dan umrah???..Mengapa??
Di malaysia, kerajaan menangkap dan menahan mana-mana rakyat yang mempraktikkan syiah di Malaysia tetapi warga Iran di Malaysia
tidah ditahan dan dihukum di Malaysia?? Bukankah mereka juga dianggap sesat
kerana mereka adalah syiah??...Malahan mereka diberi lesen perniagaan dan
peluang untuk belajar di malaysia.
Respon bagi perenggan kedua:
[Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitu penting
bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak
meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang
terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah
dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah
2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan
Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada
pemerintah adalah fardhu ke atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat
59 Surah Annisa’ mengatakan:
َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭﱃ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ
“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita
ta’at kepada para pemerintah daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :
َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ
ﺍﻟﺴﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍﳌَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﹾﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ
“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada
pemerintah yang berkuasa dan berjihad bersamanya”] -perenggan kedua
Melalui perenggan ini, isu utamanya adalah ''
Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu penting......'' kemudian
mufti wilayah ini membuktikan melalui Surah Annisa' ayat ke 59 yang mana
Mafhumnya,
"Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(Sunnah) RasulNya jika kamu
benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya. "(59).
Mentaati Allah dan Rasul adalah sangat jelas dan tidak perlulah saya
ulas lebih lanjut tetapi saya mempersoalkan apakah definisi ‘Ulil-Amri’ atau penguasa dikalangan kita??
Bagaimanakah ‘Ulil-Amri’ atau (orang berkuasa) ini dipilih????
Adakah melalui sistem pilihanraya?..atau Melalui penjajahan??..atau rampasan kuasa melalui ketenteraan??.atau Melalui sistem keturunandan darah?? Atau dipilih dikalangan orang cerdik pandai ?? atau orang yang kuat ibadahnya??.
Adakah melalui sistem pilihanraya?..atau Melalui penjajahan??..atau rampasan kuasa melalui ketenteraan??.atau Melalui sistem keturunandan darah?? Atau dipilih dikalangan orang cerdik pandai ?? atau orang yang kuat ibadahnya??.
Perlu dijelaskan sejelas-jelasnya definisi dan ciri-ciri Ulil-Amri(pemerintah dikalangan kita) kerana kenyataan didalam perenggan ini menuntut kita supaya tunduk kepada pemerintah di kalangan kita..
adakah kita patut tunduk kepada pemerintah zalim yang dipilih melalui sistem pilihanraya yang ditipu??..dan.. adakah kita patut tunduk kepada pemerintah walaupun mendapat kuasa melalui penjajahan??..Diingat bahawa penjajah alaf baru ini tidak lain dan tidak bukan Amerika dan Zionist.
adakah kita patut tunduk kepada pemerintah zalim yang dipilih melalui sistem pilihanraya yang ditipu??..dan.. adakah kita patut tunduk kepada pemerintah walaupun mendapat kuasa melalui penjajahan??..Diingat bahawa penjajah alaf baru ini tidak lain dan tidak bukan Amerika dan Zionist.
Definisi ‘Ulil-Amri’ itu ada dan jelas tetapi sama-sama kita tunggu apa penjelasan Tuan Mufti….
Respon bagi perenggan ketiga iaitu..
[3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah
adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh,
makan harta anak yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti
yang disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis
sahih riwayat Bukhari, Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.
Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :
َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍﳋ
ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﹾﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔
‘’Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka,
maka hukumnya haram dengan ijmak ulama “].Perenggan ketiga.
Melalui perenggan ketiga di dalam kenyataan rasmi ini, apa yang saya
faham adalah hukum cuba menentang penguasa adalah berdosa besar dan dosanya setaraf dengan syirik, membunuh, makan harta anak
yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, dan juga berzina…
Bagaimana hukumnya pula jika kita menentang pemerintah yang mengharamkan solat berjemaah
di masjid tetapi menghalalkan maksiat?? Adakah berdosa
besar??..Bagaimana pula dengan menentang pemerintah yang membawa lari wang
rakyat dan mengamalkan politik lucah??..Perlu juga kita diataati ?
Tuan Mufti bagaimana pula seruan amal ma’aruf nahi mungkar yang patut
dipegang oleh semua orang islam seperti mana diperintah di dalam surah
At-Taubah ayat 71. Mafhumnya
Dan orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan,
setengahnya menjadi
penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka menyuruh yang
ma’ruf dan melarang yang mungkar;
dan mereka mendirikan
sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.
Mereka itu akan
diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[al-Taubah 9:71]
Di manakah
tuan mufti meletakan sempadan atau batasan seorang pemimpin itu sebelum
membolehkan rakyat menentang seseorang pemimpin itu??. Jika tidak apabila
menentang pemerintah sahaja maka kita akan masuk ke dalam golongan anjing
neraka kerana dalam
sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda
“ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing
neraka “
Wahai
tuan mufti.. ingatlah firman tuhan di dalam surah At Taubah ayat 9..mafhumnya
‘Mereka
menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah
dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah
sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan’.
Surah At –Taubah ayat 9.
Saya
yakin ramai pihak tidak akan mempertikaikan fatwa seorang mufti. Tetapi bagi
saya menjadi tanggungjawab untuk mempersoalan sesuatu kenyataan mufti itu apabila
terdapat kepincagan. Bagi saya bagi menghukum sesuatu perbuatan itu sebagai
dosa besar perlu jelas sesuatu kenyataan fatwa.
Bukan disorok kebenaran dan di buat mengikut kehendak sesuatu pemerintah.Saya tahu pemerintah kini sedang panik dengan kebangkitan rakyat.Janganlah hanya demi mempertahankan pangkat sebagai mufti,fatwa diadakan mengikut selera pemerintah.
Bukan disorok kebenaran dan di buat mengikut kehendak sesuatu pemerintah.Saya tahu pemerintah kini sedang panik dengan kebangkitan rakyat.Janganlah hanya demi mempertahankan pangkat sebagai mufti,fatwa diadakan mengikut selera pemerintah.
Saya
anggap saudara mufti juga seorang ahli sunnah,maka jangan kita lupa antara Imam
Ahli sunnah iaitu Imam Hambal pernah diseksa oleh Khalifah Mansur semasa hidup
beliau.. Saya ingatkan balik firman Allah di dalam Surah AT-Taubah ayat 9,
Mafhumnya
‘Mereka
menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah
dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah
sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan’.
Surah At –Taubah ayat 9.
Kenyataan penuh dari pejabat mufti di link ini..
http://pru13anakpahang.blogspot.com/2012/05/bersih-30-fatwa-dato-hj-wan-zahidi-wan.html