Didalam Facebooknya saudara Mazlan aliman iaitu pengerusi ANAK menulis(pada description gambar dibawah):
Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila
terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2
dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan
ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal. Peneroka hilang
pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai
pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2
peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat
pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peeneroka
seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat
felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan
FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB,
Affin, BIMB, Ambank dll. Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada
yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik
supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak
pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat.
Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu
dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan
di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru,
bingung, terpedaya dan akhirnya sign. Saya paparkan beberapa terma dlm
borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh. Surat Tanggung
Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA
DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG
KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ,
PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG
DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU
KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG
PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN
SURAT INI'. Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak
nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini
dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang
lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi
parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh;
peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham
dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil.
Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan '
penyenaaraian yang sakit'. Bila menjunam jatuh daripada harga asal
setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar
hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit
pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan
kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang
hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang
habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi.
Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah
di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah
dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah
buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak
berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan
sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya. BN betul2 jd
petualang terhadap bangsanya sendiri!ANAK membuka talian hotline utk
maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol
0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK
sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita
heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!