Sunday 6 May 2012

PRU 13: Ibu Pejabat PKR Pahang Di Ceroboh Malam Tadi, Penjenayah Larikan Dokumen Penting Parti

KUANTAN, 7 Mei - Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang di Jalan Beserah dekat sini telah diceroboh malam tadi. Perakara itu dilaporkan oleh blog rasmi parti itu pagi ini. Kejadian tersebut disedari oleh Setiausaha Kerja PKR Pahang. Menurut beliau, beberapa dokumen penting, komputer serta peralatan pejabat didapati telah hilang. Malah, turut dirosakkan adalah talian elektrik di seluruh kawasan pejabat berkenaan (diputuskan). "Saya ke pejabat sekitar jam 9.30 malam tadi untuk melakukan tugasan. Setiba di pejabat saya tengok rantai pintu pagar telah diputuskan. Saya percaya penceroboh masuk ke pejabat melalui siling kerana tiada kesan pintu yang dipecahkan", katanya. Beliau percaya perbuatan khianat tersebut telah dirancang oleh pihak yang berkenaan bagi mensabotaj parti menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Malah, kehilangan beberapa dokumen pentong serta komputer yang mengandungi data-data parti membuktikan modus operandi yang sama dilakukan oleh penceroboh semasa kejadian yang sama di pejabat Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) di Bukit Sekilau dulu. Malah, sebelum ini (28 Nov 2011) juga telah berlaku kecurian di lokasi (Pejabat PKR Pahang) yang sama di mana lima buah kompresor hawa dingin didapati telah hilang. Satu laporan polis akan dibuat berkaitan kes ini dan difahamkan satu sidang media akan dilakukan pagi ini berkaitan insiden tersebut. Sementara itu Keadilan Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat ini dan mendesak agar pihak Polis bertindak dengan menggunakan kepakaran yang ada untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab. -Pahang Daily Online.


 [ Berdasarkan 3 kejadian sebelum ini, saya simpulkan bahawa perbuatan ini bermotifkan politik memandangkan kebangkitan dan kebencian rakyat terhadap Kerajaan korupsi dan zalim ini pada 284 dan pilihanraya yang semakin menghampiri, Saya harap pakatan rakyat di Pahang bekerja lebih kuat merampas Pahang daripada BN .Amin]