Monday 7 May 2012

BERSIH 3.0: Pendapat Tuan Guru Nik Aziz berbeza dengan Majlis Fatwa

Kota Bharu, 7 Mei-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Penuh disini : http://www.malaysiakini.com/news/197213 .

[ Teguran Nik Aziz yang beradab, nampak sangat pihak penguasa kini mengerakkan segala jentera dan agensi kerajaan seperti polis,felda,kementerian-kementerian lain malahan majlis fatwa diperalatkan untuk meraih undi dan mempertahankan kuasa. Saya sokong Tuan Guru!..}

Artikel lain mengenai isu Fatwa Wilayah disini

http://pru13anakpahang.blogspot.com/2012/05/respon-kepada-fatwa-mufti-wilayah.html