[ Semoga saudara Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat. Agar beliau tidak didera dalam tahanan polis. Beliau walaupun seorang anak muda tetapi semangat beliau untuk melihat perubahan di dalam negara ini perlu dipuji. Beliau antara mahasiswa yang berkhemah selama 13 hari di dataran merdeka bagi menuntut hak pendidikan percuma dan penghapusan berperingkat PTPTN. -SB]
Saturday, 5 May 2012
PRU-13: Mahasiswa Ugut Polis akibat keganasan Polis ditahan,Pemuda UMNO samseng Diagungkan
KUALA LUMPUR 5 Mei - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath (foto)yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetujujika kesemua polis dibunuh gara-gara keganasanmereka di Himpunan Bersih 3.0, telah ditahan reman oleh pihak polis sebaik saja tiba untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10.00 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cherasuntuk siasatan lanjut. Difahamkan, sejak semalam rumahnya telah dikepung oleh pihak polis. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden,Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) kini berkemungkinan besar akan didakwa atas tuduhan tersebut. Sama ada beliau turut akan dibelasah atau tidak, ia meungkin bergantung kepada pihak polis. Namun, ramai pihak percaya anak muda itu pasti akan dibelasah teruk gara-gara kenyataan beliau itu. Persoalannya yang timbul sekarang ialah jika benar pihak polis melaksanakan tugas dengan betul dan adil kepada semua rakyat maka kenapa mereka tidak turut mengambil tindakan yang sama terhadap seorang anggota Pemuda UMNO, Mohd Safuan Hilmi (foto bawah) yang juga telah mengeluarkan kenyataan "Aku Sanggup Di Hukum Gantung Jika Aku Dapat Bunuh Nik Aziz"?. Apakah kerana dia UMNO maka pihak polis tidak melakukan apa-apa tindakan terhadapnya?. Kenapa kenyataan Khalid yang hanya diandaiakan dengan perkataaan "Jika" itu dijadikan asas untuk mereka menangkap beliau?. Apakah ini cara pihak polis melaksanakan kerja dan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Jika mereka namanya UMNO BN maka begitu sukar untuk pihak polis jalankan siasatan. Namun, jika namanya menyokong pembangkang maka sepantas kilat mereka laksanakan tugas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin hari semakin "menyampah" dan tidak yakin lagi dengan pihak polis sebenarnya. Apapun, kita mengharapkan agar Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan terhadap diri beliau ketika ditahan polis hendaknya. Barisan peguam yang hebat-hebat perlu untuk membela anak muda tersebut. Apapun, sokongan semua amatlah diharapkan untuk menguatkan lagi semangat anak muda berkenaan untuk terus berjuang untuk tegakkan kebenaran dan keadilan di bumi tercinta ini.