Wednesday, 9 May 2012

Felda:Syukur dan terima kasih diatas Durian Runtuh tetapi masih berdoa penyelesaian terbaik bagi isu penyenaraian FGVH.

Umum diketahui bahawa semalam bertarikh 8 Mei 2012 di Felda Triang 3,Bera, Dato'Sri Najib mengumumkan 'Durian Runtuh' kepada 112,635 peneroka Felda berjumlah 1.689 billion yang mana berbentuk RM 15,000 kepada setiap keluarga, dan bonus dua bulan setengah kepada 23,000 kakitangan Felda.

Langkah ini dikatakan sebagai hadiah kerajaan kepada peneroka di atas penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham. Saya bersyukur dan tahniah di ucapkan kepada peneroka. Usaha anda memang wajar diberikan perhatian dan pengiktirafan oleh kerajaan.

Memandangkan Felda Kemahang 3, Gugusan Serting, Bera, Jengka, Maokil dan Gugusan Chini, kawasan parlimen Pekan - tempat perdana menteri sendiri, ramai yang memberi pendapat bahawa langkah DS Najib ini dibuat bagi meraih undi bagi Pilihan Raya Umum ke 13 yang di ura-urakan hanya beberapa minggu lagi dan tarikh 02/06/12 adalah tarikh yang dikhabarkan.  Ada juga yang mengatakan bahawa 'durian runtuh' ini adalah untuk menjerat para peneroka menandatangani "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH.Cerita selanjutnya disini..http://pahangdaily.blogspot.com/2012/05/panas-durian-runtuh-jika-jujur-kenapa.html

 'Borang Kosong yang dinyatakan'

Hari ini,Saudara Mazlan Aliman, iaitu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan pengerusi lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAS menulis sebuah artikel bertajuk '' 'Durian runtuh': Peneroka tak tersandar dalam kejutan.'',Artikel ini disiarkan di Portal Berita Alternative ,Malaysiakini dan linknya disini, http://www.malaysiakini.com/news/197383 . Didalam Artikel ini, beliau menentang sekeras-kerasnya penyenaraian FGVH ke bursa saham kerana ditakuti akan menjejaskan harta peneroka jika saham FGVH rugi. Kegelisahan beliau disampai melalui petikan ini ...

Penipuan mereka melalui tujuh buah bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, faedah 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

Seramai 125 peneroka Felda sebahagian daripada ribuan lagi peneroka yang telah tertipu kerana menandatangani borang perjanjian pinjaman yang mereka tidak tahu apa-apa. Mereka tidak dapat membezakan antara 'durian runtuh' dengan pinjaman saham FGVH. Mereka memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Seremban kelmarin kerana teramat bimbang daripada risiko pinjaman yang boleh sahaja tergadai aset mereka
. - Saudara Mazlan Aliman-Sila click link diatas bagi artikel penuh.

 Disini saya tegaskan bahawa saya tumpang gembira terhadap pemberian ''Durian Runtuh'' terbabit dan mengharap janganlah kita menghina Dato Seri Najib atas beberapa langkah seperti pemberian durian runtuh ini, pengumuman gaji minimum bagi pekerja sektor awam,pembatalan SBPA, dan pemansuhan AUKU. Sesungguhnya langkah-langkah ini sedikit sebanyak menguntungkan rakyat walaupun saya tidak menolak kemungkinan '' Ada Udang disebalik Batu'' . Walaupun isu-isu ini banyak dibawa oleh pihak pakatan tetapi keterbukaan hati DS Najib untuk melakukannya harus dipuji.

Jika benar nasib saham FGVH akan menjadi seperti Lembaga-lembaga kerajaan lain yang diswastakan seperti MAS, amanah saham negeri-negeri dan juga saham-saham lain seperti KUB dan BERNAS. Diharap pihak terlibat menentang penyenaraian FGVH ke bursa saham. Saya juga memahami perasaan individu-individu di dalam felda yang menentang penyenenaraian FGVH. Mana tidaknya, FGVH bakal di uruskan oleh Tan Sri Isa Samad yang mana terkenal dengan politik wang bagi memancing undi di dalam pemilihan UMNO.  

Berikut adalah antara sedutan rakaman semasa acara pengumuman 'Durian Runtuh' .




 ''Haram Jadah Mereka Tu''-DS Najib