Saturday, 21 April 2012

PRU13: Memenangi Minda dan Hati Rakyat

PRU 13 semakin menghampiri maka akan meletuplah bom-bom politik yang sudah dipasang....Politik adalah mengenai pilihanraya, tidak kira lah pilihanraya parti,umum atau kampus tetapi rakyat harus faham permainan politik yang cuba dimainkan...

3 isu yang bakal digunakan bagi meracuni minda dan hati rakyat terutama orang-orang Melayu adalah Raja ,Agama dan ketuanan Melayu....

Malas untuk berceloteh lebih lanjut disini, Saya sediakan cara bagaimana 3 isu sensitive dimainkan dan siapa dalangnya.

Agama-
 1) PAS akan cuba digambarkan sebagai parti yang melindungi golongan syiah dan Mat Sabu sebagai   pelindung bagi golongan ini.Fitnah ini dibawa oleh Fathul Bahari(Ustaz UMNO)
 2) Isu pergerakan Lesbian,Gay,Biseksual dan Transeksual yang konon dibawa oleh pembangkang dan isu ini digembar-gemburkan oleh Perkasa dan Jati.
3)Kononnya PKR adalah mendapat Dana asing..ini kerja Blogger UMNO.

Melayu-
1)Dibawa oleh perkasa kononya cina didalam DAP akan memperkudakan parti islam PAS dan PKR...Kononnya cuba menghapuskan hak-hak melayu di dalam Dasar Ekonomi Baru.Bagaimana diperkudakan pun saya sendiri tidak tahu..yang saya nampak di pakatan dua parti utama ini dipegang oleh Melayu dan DAP dipengerusikan oleh Singh.

Raja-
1)Jati akn cuba meracuni pemikiran rakyat bahawa institusi raja akan dihapuskan dan negara ini akan berubah menjadi republik.Berani DAP nak buat macam ini..kerusi pun bertanding 50..kalau DAP nak buat sangat dah lama parti ini ta join pakatan


Mereka akan cuba memainkan isu ini untuk kekal berkuasa...Mereka perlu berkuasa kerana perniagaan-perniagan mereka kekal terjamin...Perlu diingat bahawa BN sudah lama memerintah dan jika diperhatikan dengan betul polisi mereka lebih menguntungkan mereka dan kroni..seperti polisi penswastaan yang mana menjadi durian runtuh kepada mereka...perjanjian kerajaan  dan syarikat-syarikat swata yang mana menguntungkan syarikat-syarikat ini tetapi rakyat terpaksa bayar tol lebih dan bil yang lebih..belum kita tambah dengan yang mana yang disapu secara langsung daripada dana kerajaan

Nilailah yang mana meracuni pemikiran rakyat ??..tiba-tiba isu ini menjadi hot secara menjelang pilihanraya ini..jangan kita terperangkap dengan permainan politik yang membodohkan rakyat ini..mereka ingat kita ini melayu sekolah tidak pandai agaknya...bakal bersambung-SB.

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/48781-remember-the-3rs

Friday, 6 April 2012

Lynas: Fakta Mengenai Lynas

1.      Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta. 
2.      100% milik Lynas Australia.
3.      Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4.      Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
5.      Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.
6.      2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng.
7.      Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan.
8.      Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
9.      Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
10. Bebas Cukai selama 12 tahun.
11. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
12. Harga satu tan pada RM364, 800.
13. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
14. Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’. Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.
15. Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.
16. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.
17. Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.
18. Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.
19. Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.
20. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a.     ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.
b.     Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan kuantan.
c.     Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.
d.     ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.
e.      Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
21. Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan. Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik.  Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng. ‘Light Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi. Ia juga adalah ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser. penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.
22. ‘Rare earth ore’ atau bijih nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Kebanyakan pengeluaran elemen nadir bumi atau rare earth adalah dari mineral monazite dan bastnasite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Terdapat cadangan untuk menggunakan Thorium sebagai sumber tenaga untuk menjana 2 reaktor nuklear baru yang dicadangkan akan dibuka di Malaysia dan salah satunya di Temerloh Pahang.
23. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia (2500KM) untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium untuk setiap metrik tan.
24. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun (Fasa 2) manakala 11 ribu tan setahun (Fasa 1) ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan radioaktif Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
25. Bijih Timah juga mengandungi Monazite. Thorium dari Bijih Timah adalah di sekitar 6% lebih tinggi berbanding 0.16% dari Mount Weld Australia. Walaubagaimanapun, jumlah metrik tan perlombongan monazite dari perlombongan bijih timah telah berkurangan dari 2920 metrik tan pada tahun 1988 ke 1147 metrik tan setahun pada tahun 1999. Dari perkiraan sisa Thorium dari monazite perlombongan bijih timah hanya di sekitar 68.82 metrik tan setahun berbanding 121 metrik tan sisa buangan radioaktif Thorium dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng iaitu 2 kali ganda setahun. Thorium adalah ‘by-product’ atau bahan sampingan dari pemprosesan ‘rare earth concentrate’ ke ‘rare earth oxide’ di Kilang LAMP kepunyaan LYNAS di Gebeng Kuantan. ‘By-product’ inilah sisa bahan radioaktif yang digeruni. Persoalannya berapa banyakkah ‘by-product’ Thorium yang akan dihasilkan setahun dan bagaimanakah ianya disimpan dan dilupuskan. Apakah impak kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat khususnya di Balok (3KM) jika kebocoran simpanan sisa radioaktif ini berlaku dan tersebar melalui udara, air dan tanah.
26. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
a.     Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
b.     Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
c.     Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
d.     Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
e.     Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f.        Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
g.     Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
27. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Masih terdapat 80,000 tong drum atau ‘steel barrels’ sisa radioaktif di sana. Jelas, pemprosesan nadir bumi atau ‘rare earth’ akan menghasilkan beribu-ribu tan sisa radioaktif seperti dalam kes Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Sisa yang masih tinggal akan disimpan 3 batu jauh ke dalam hutan simpan di mana bahagian atas bukit akan dipotong dan sisa akan ditanam lebih 20 kaki ke dalam tanah dan ditutup dengan simen dan gypsum.
28. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
29. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.  Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
30. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
31. Kes 5: Jelas, kegagalan di dalam menguruskan sisa radioaktif akan memberi kesan kepada persekitaran dalam kes Kilang Molycorp di Death Valley California Amerika Syarikat.
32. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
a.     Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b.     Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c.     Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
d.     Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e.     Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f.        Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
33. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
a.     ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
b.     Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif (2 muka Surat) yang dipaparkan di halaman web.
c.     Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
d.     Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
e.     Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
f.        Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik. Tahap radiasi dari sisa buangan Thorium dikatakan rendah sehingga ia boleh dianggap sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif berdasarkan standard antarabangsa? – Kenyataan Menteri MOSTI Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili. Bijih nadir bumi di Mount Weld dikatakan mengandungi radioaktif sederhana Thorium dan Uranium berdasarkan laporan EPA Australia dan bukannya rendah!. Kenyataan tersebut juga tidak dikaitkan dengan kenyataan ‘ratio’ sisa 55:10000 oleh CEO Lynas sendiri yang akan dihasilkan dari pemprosesan ‘rare-earth concentrate’ di Gebeng Kuantan. Malah sisa-sisa buangan lain juga tidak dimaklumkan sebagai contoh Gas Radon yang dihasilkan (juga adalah radioaktif) dan mungkin akan terlepas ke udara ketika pemprosesan ‘rare earth concentrate ke rare earth oxide’ kerana menggunakan jumlah besar bahan asid bertoksik tinggi seperti Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik pada suhu yang amat tinggi. Isu sebenarnya bukan berkenaan sisa buangan radioaktif sahaja, tetapi berkenaan semua sisa buangan yang terhasil dalam pelbagai bentuk (gas, cecair/‘liquid’ dan ‘solid’/pepejal) dan bagaimana pengurusan sisa itu dibuat oleh Lynas. Lynas pula telah menggunakan piawaian negara China (<74 bq/gm ) untuk mengklasifikasikan sisa buangan radioaktif itu yang dikatakan disekitar 61 bq/gm dan 65 bq/gm oleh EIA Malaysia sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif sedangkan EPA (Environmental Protection Agency) di Australia telah menetapkan 1.0bq/gm ke atas sebagai bahan radioaktif.
g.     Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
h.     Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
i.         Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini. Pendedahan terbaru pahangdaily.blogspot.com jelas mengukuhkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh jawatankuasa BADAR dan Save Malaysia, Stop Lynas sebelum ini bahawa ‘panel bebas’ IAP yang dikatakan tidak bebas itu dan diketuai oleh IAEA sendiri terbukti mempunyai hubungan langsung dengan adik kepada Menteri Besar Pahang iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penyelia atau ‘Governers’ IAEA sendiri (2009-2010).
j.         Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
k.      Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa. Terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan di Mount Weld Australia. Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran terpelihara?. Penilaian keselamatan takungan sisa buangan cecair di Mount Weld Australia menunjukkan bahawa potensi pencemaran atau ‘contamination’ tetap ada. Lynas dikehendaki mempunyai sistem pengawasan dan pengurusan air bawah tanah atau ‘groundwater’.
l.         ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
m.   Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
n.     Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
o.     Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13). PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusaha mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthanide’. Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan  berdasarkan kepada ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7). Bagi projek sebegitu rumit yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera dari JAS dan Kerajaan Negeri Pahang(2-3 Minggu, normally 6 month) tersebut menimbulkan persoalan yang serius.
p.     Apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Ini tidak seharusnya berlaku seolah-olah RIA tidak penting sebagai syarat kelulusan PEIA.
q.     Cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi:
                                                   i.      Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;
                                                 ii.      Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;
                                                iii.      Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;
                                              iv.      Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).
r.        Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas.  Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya?
s.       Proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?
t.       Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. Salinan pembentangan Lynas di persidangan nadir bumi atau ‘rare earth’di Hong Kong jelas menyatakan insentif FDA (Foreign Direct Investment Malaysia) iaitu pengecualian cukai 12 tahun diberikan kepada Lynas. Mungkin hanya tertumpu kepada hasil cukai pada akhir Tahun ke-13 Lynas beroperasi di Gebeng dan pelaburan infrastruktur RM700 juta yang jelas memberikan sebahagian peluang perniagaan kepada pihak tertentu. Peluang pekerjaan jelas hanya untuk 350 orang.
u.     Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’ (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/);
v.     Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;
w.   DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;
x.      Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;
y.      Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.
z.       Lynas berhasrat untuk menyimpan sisa buangan radioaktif itu di lokasi simpanan Kilang LAMP di Gebeng Kuantan secara kekal ketika memohon lesen dan bercanggah dengan kenyataan Raja Aziz dari AELB bahawa simpanan itu adalah sementara. Jika sisa buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa berjadual atau ‘schedule waste’, maka lesen sisa berjadual itu perlulah dipohon dari Jabatan Alam Sekitar (DOE). Malah jumlah sisa haruslah dikenalpasti dan berapa lama bahan sisa berjadual itu boleh disimpan akan ditetapkan oleh DOE sendiri. Selalunya di sekitar 3-6 bulan sahaja. Dalam kes Huntsman Thioxide (HT) di Kemaman, sisa berjadual mereka dikatakan telah disimpan tanpa dilupuskan semenjak tahun 1992 sehingga kini secara   ‘landfill’ di kawasan dengan keluasan 500 hektar dan kini semakin penuh. Huntsman Thioxide (HT) Kemaman menghasilkan Titanium Dioxide. Titanium dioxide banyak digunakan di dalam makanan, kosmetik, bahan perlindungan cahaya UV, ceramic dan bahan getah.  Proses menghasilkan ‘pigment’ Titanium Dioxide itu juga banyak menggunakan sama ada asid sulfurik atau gas klorin. Sisa yang terhasil atau ‘by-product’ daripada proses itu adalah sisa pepejal, sisa asid yang kuat dan lemah, sisa ‘neutralised’, sisa dirawat dan habuk atau ‘dust’. Pendedahan secara berterusan bahan sisa itu di dalam kuantiti yang tertentu mampu memberi kesan kepada paru-paru, kulit dan kerosakan organ. Isu sebenarnya adalah berkenaan polisi dan mekanisme perundangan yang tidak mencukupi dari agensi kerajaan tertentu di dalam mengawal selia atau menguruskan sisa buangan atau ‘by-product’ yang dihasilkan dari setiap pemprosesan khususnya dari aspek ‘Schedule Waste Management’ di Malaysia. Bagaimanakah upayanya agensi kerajaan ini di dalam menguruskan semua sisa buangan radioaktif itu dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng Kuantan pula?
aa.           Kenyataan Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh Lynas kepada AELB sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan 100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku langsung.
bb.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB, dan bekas Pengarah Perlesenan AELB bahawa Ceramic mengandungi Thorium adalah tidak berasas kerana Ceramic tidak mempunyai bahan ‘metalic’ di dalamnya. Thorium dan Uranium adalah bahan ‘metalic’ dan kedua-duanya adalah bahan radioaktif.
cc.Thorium yang dikatakan digunakan kepada Ceramic hanyalah untuk ‘ceramic glaze’ atau bahan lapisan di atas ceramic untuk lukisan, warna, dan tahan air sahaja dan dikenalpasti oleh Suruhanjaya Perundangan Nuklear Amerika Syarikat(NRC) sebagai “kuantiti yang tidak penting” atau "unimportant quantities". Di mana, hanya 50mg Thorium sahaja yang terdapat di dalam rod ‘welding’, kurang 2gm di dalam lampu dan kurang dari 20% di dalam ‘ceramic glazes’ itu. Kenyataan bahawa kenapa rakyat tidak membantah Thorium di dalam Ceramic dan hanya kepada sisa Thorium dari Lynas adalah tidak berasas dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Jawapan yang sama kepada marble dan tile.
dd.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB itu berkenaan sisa radioaktif Thorium itu yang boleh dipegang kerana pancaran radiasi yang lemah dan tidak bahaya juga disanggah. Terdapat 3 jenis pancaran radiasi nuklear iaitu ‘alpha particles’, pancaran beta dan pancaran gamma. ‘Alpha particles’ hanya begerak dalam jarak yang amat dekat di udara malah boleh dihentikan dengan sekeping kertas, udara dan lapisan kulit yang mati. Sinar beta pula bergerak dalam keadaan yang laju tetapi hanya boleh melepasi elemen atau bahan yang tipis. Sinar gamma pula adalah gelombang elektomagnetic berkuasa tinggi yang boleh melepasi beberapa inci besi seperti X-Ray.  Kenyataan beliau bahawa pancaran dari Thorium adalah sinar alpha atau ‘alpha particles’ dan boleh dihalang oleh lapisan luar kulit jika dipegang, walaubagaimanapun, jika ‘alpha particles’ itu masuk ke dalam badan, ia tetap akan menyerang tisu dan organ dalaman kerana tiada perlindungan seperti yang sedia ada pada kulit luar manusia tadi. Ancaman lain adalah ‘radioactive dust’ atau habuk radioaktif kepada manusia dan juga Gas Radon. Pencemaran alam dari industri nadir bumi adalah ‘significant’. Industri nadir bumi negara China menghasilkan 13 Billion m3 gas dan 25 juta tan air sisa sehingga memaksa pengurangan kuota export nadir bumi mereka dari 72% ke 35% di suku pertama 2011.
ee.Penggunaan Thorium pada filem X-Ray di hospital juga sudah tidak digunakan lagi.
ff.     Lawatan ke Mount Weld oleh MOSTI, wakil AELB, dan wakil  Kerajaan Negeri Pahang tidak melibatkan panel bebas yang lain termasuk wakil kepada rakyat khususnya dari pihak Pakatan Rakyat malah NGO’s. Ketelusan kajian amat diragui.
gg.           Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) baru-baru ini juga mendedahkan bahawa Lynas akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka, satu jumlah penggunaan yang cukup besar dan dianggarkan melebihi penggunaan harian seluruh penduduk Kuantan termasuk menghasilkan air sisa yang dikatakan juga mengandungi sisa radioaktif yang dirawat dan dilepaskan ke sungai yang berhampiran. Persoalan seterusnya apakah yang akan berlaku jika air sisa itu gagal dirawat? Apakah juga akibatnya jika simpanan air sisa itu melimpah ke sungai yang berhampiran kerana beberapa sebab tertentu khususnya akibat banjir yang selalu melanda Kuantan?

Wednesday, 4 April 2012

Lynas: Keputusan Permohonan Penduduk Batal TOL, Akan Di Putus Mahkamah Pada 12 April Ini!

KUALA LUMPUR 4 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 April ini untuk keputusan semakan kehakiman berhubung bantahan 10 penduduk tempatan berhubung pemberian Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada kilang Lynas. Tarikh tersebut diputuskan Hakim Datuk Rohana Yusuf di kamarnya hari ini selepas mendengar hujah peguam, Tommy Thomas yang mewakili penduduk. Pada 17 Februari lalu, 10 penduduk Gebeng yang tinggal lebih kurang 14-18 km daripada kilang Lynas selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman dalam usaha membatalkan keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Menurut Thomas, TOL menyerupai persetujuan beroperasi sepenuhnya, yang menjadi kebimbangan penduduk. “TOL seperti mencadangkan Lynas boleh melakukan apa saja, seperti untuk dikekalkan, tetapi (AELB) akan melihat Lynas. “Tidak ada keperluan untuk merayu, tetapi lebih sesuai Menteri datang ke mahkamah bagi membatalkan TOL,” katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika ditemui pemberita mempersoalkan tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) membincangkan isu Lynas. “Dalam penghujahan hari ini, PSC bukan isunya, tapi isunya berhubung TOL yang diluluskan. “Peguam negara sepatutnya menyebelahi rakyat, dan bukannya pihak kerajaan,” katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andansura Rabu turut mengajak orang ramai menyertai Himpunan Hijau 3.0 pada 13 April ini. “Kami merayu kepada semua rakyat supaya menyokong dengan menyertai gerakan solidariti ini di seluruh negara bagi perjuangan menghentikan projek Lynas dan selamatkan Malaysia,” ujarnya

PRU13: BR1M- Faedah untuk Penerima atau BN?


 Salam 'Alaik....

Syukur ke hadrat Illahi dan tahniah kepada kerajaaan malaysia ke atas bantuan rakyat bantuan rakyat satu malaysia... Pemberian  RM500 ini sedikit sebanyak diharap dapat melegakan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan. 

Pelbagai pihak mencadangkan program ini dijadikan program tahunan tetapi respon daripada Perdana Menteri tampak tidak meyakinkan dengan kenyataan semasa perbahasan di parlimen baru-baru ini  menyatakan bahawa  program ini akan dijalankan jika pendapatan negara bertambah di tahun hadapan.

Sepertimana yang ditayangkan di television , ramai pihak yang gembira apabila menerima baucer ini tetapi mengapakah kerajaan tidak mahu meneruskan program ini untuk rakyat terus gembira??...saya sendiri tidak tahu jawapannya dengan tepat.

Saya orang melayu dan anak-anak melayu saya yakin diajar untuk mengenang budi orang yang pernah berjasa kepada saya. Jika saya penerima bantuan ini sudah tentu saya akan ingat sepanjang hayat saya dan saya akan berterima kasih kepada kerajaan malaysia kerana menguruskan dana kutipan cukai rakyat bagi rakyat yang kurang berkemampuan dapat merasai hasil pendapatan kerajaan.

Akan tetapi saya juga dinasihati supaya bijaksana di dalam hidup dan menggunakan akal supaya tidak mudah diperalatkan. Semasa saya belajar di Universiti, pesyarah saya penah menyatakan bahawa kita mesti berpikiran lebih luas (think outside the box) dan perlu kritis apabila menilai sesuatu masalah.

Saya terpikir untuk meneliti mengenai program ini memandangkan program ini menelan belanja ratusan juta ringgit. Saya tertanya sama ada  program bertujuan memberi faedah kepada rakyat yang kurang berkemampuan atau lebih memberikan faedah kepada pihak tertentu?.

Tergerak untuk saya menghadiri majlis pemberian baucer ini dan saya dapati tentatif programnya adalah mendengar ucapan seorang pemimpin kerajaan , pengagihan baucer dan jamuan...Saya memerhatikan di banner dan kain rentang mengenai program maka terlihat lambang dacing .Saya difahamkan program sebegini diadakan di banyak tempat di merata malaysia dan sudah tentu memakan belanja yang besar. Dana tentunya daripada hasil cukai rakyat yang dikumpul oleh lembaga hasil dalam negeri. 

Maka saya menyambung persoalan saya..Bagaimanakah morality seorang pemimpin untuk mengunakan hasil cukai rakyat untuk mengadakan program bagi mengekalkan kuasa dan untuk menang pilihanraya?..Bersih atau kotor menggunakan wang hasil cukai rakyati bagi menaikan publisiti pihak dacing untuk mengalahkan musuhnya semasa pilihanraya.

Sepatutnya program-program yang menggunakan wang milik kerajaan tidak boleh dieksploitasi untuk kepentigan peribadi dengan meletakan lambang parti pada iklan program serta berulang kali ditayangkan semasa warta berita tentang betapa mulianya kerajaan mengadakan program ini  dan berita ini dibaca selepas berita keburukan pembangkang ditayangkan.

Terang lagi bersuluh untuk bahawa program ini bertujuan menaikan populariti seseorang calon pilihanraya dan sesebuah parti dan bukannya ikhlas untuk membantu rakyat. Jika kerajaan benar-benar ikhlas membantu rakyat yang susah maka kerajaan dari semasa ke semasa akan mengadakan program-program yang dirangka dengan baik untuk membantu rakyat dan bukannya semasa menghampiri pilihanraya.

Kesimpulannya, program ini adalah terburu-buru dan semata-mata untuk membersihkan kekotoran seseorang pemimpin Program ini menampakkan betapa teruknya pihak dacing ini menguruskan kewangan negara dan lagi menyedihkan jika program ini diadakan bagi membutakan akal rakyat bagi menilai pemimpin yang baik memandang wang boleh mengelapkan mata dan akal.- Stanley Bonker






Lynas: Rare Earth Plant di Pahang

. Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil apabila sebuah Syarikat Australia Lynas Corp. akan membina Pusat Pemprosesan Tanah Jarang [rare earth] yang terbesar di dunia dengan nilai RM 700 juta.
2. Kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah Negeri Perak pada tahun 80an [82 - 87] yang lalu, namun mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti kanser, leukemia, cacat, malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok, Beserah dan Pelindung.
3. Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamatPersoalannya, jika proses menapis tanah jarang [rare earth] ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia? Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya.
4. Saya difahamkan seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau sendiri kurang yakin dengan kenyataan itu. “Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,”
5. Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan Taman Perumahan penduduk. Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas-luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar-benar didakwa selamat.
6. Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.
1979
November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
1982
Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.
30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.
11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.


1983
November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan.

1984
24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.
5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.
18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.
28 Jun: Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.
1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.
4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.
18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.
29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.
19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.
5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.
21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.
7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.
28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.
12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985
11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.
1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986
22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.
5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.
28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.
16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.
26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).
8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987
6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.
10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.
12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.
24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.
23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.
Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.
7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.
11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.
18 September: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.
27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.
November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988
25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990
13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992
11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.
23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.
24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.
3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’
5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993
15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.
7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994
19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.

Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
 

Sunday, 1 April 2012

Lynas: Mangsa Rare Earth ARE Bukit Merah Perak Meninggal Dunia, Siapakah Harus Di Persalahkan.

PahangDaily.Blogspot

IPOH, 30 Mac - Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi. Tubuh Cheah didapati menggeletar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan, lapor MerdekaReview. Cheah Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982. Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview ketika dihubungi. Lai Kwan kini berusia 70 tahun. Beliau mempunyai lapan orang anak. Kebetulan cucunya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada awal bulan ini, kini pula berdepan dengan kematian anaknya, Cheah Kok Leong. Lai Kwan yang merana kemiskinan hanya menerima bantuan dana RM150 setiap bulan dari PARC. Beliau menyara hidup keluarganya, dan berjaya membesarkan anaknya Cheah Kok Leong. Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube. 【Baca: Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan]. Oleh sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan anaknya terencat akal. Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik". Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun, Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan. Rosalie Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi, kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya. Tetapi, seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan dalam masa yang singkat. Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan melahirkan anak yang cacat, jelas Rosalie. HRKH




[Berita ini sungguh mengejutkan dan pasti menyebabkan prnyokong Lynas terutamanya puak-puak UMNO BN bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula, kini kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan sedang mula beroperasi. Apa yang pasti kini terbukti bahawa rare earth sememangnya mempunyai risiko yang cukup bahaya kepada rakyat terutamanya penduduk setempat. Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN terutamanya PM Najib Razak dan MB Adnan Yaakob selama ini jelas telah menyebabkan sorang demi sorang rakyat yang menjadi mangsa terkorban akhirnya. Justeru apakah lagi bukti sanitifik yang dimahukan oleh PM agaknya. Kini sudah jelas projek itu mendatangkan risiko kepada rakyat. Malah, kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek juga telah mengeluarkan kenyataan bersyarat hanya akan menyokong Lynas jika ia tidak memudaratkan kesihatan dan sisa buangannya dibuang ke luar dari negara ini. Maknanya MCA secara dasarnya sudah mula menyokong dan ia jelas membuktikan tuduhan UMNO kononnya hanya Cina DAP dan PKR yang beriya-iya dalam isu Lynas adalah satu tuduhan liar sama sekali. PDO mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terbabit. Rakyat Kuantan perlu sedar dengan apa yang berlaku ini. Lakukan perubahan pada PRU-13 nanti ini hendaknya!]. - Pahang Daily.Blogspot.com




Felda:NGO bantah Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Seramai hampir 200 orang wakil peneroka dari seluruh negara telah berhimpun di dataran perkarangan Masjid Putrajaya, petang semalam bagi menyatakan bantahan terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia Jun ini. Program anjuran Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN itu adalah bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak. Turut bersama dalam program terbabit ialah beberapa buah NGO yang terdiri daripada Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Angkatan Muda Keadilan (AMK), Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan lain-lainnya telah berkumpul di dataran bekenaan selepas sahaja solat Jumaat. Himpunan dimulakan dengan sessi ucapan oleh beberapa orang pemimpin termasuk oleh Rabidin Kasmawi (Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan Pahang) dan kemudiannya Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang). Man Kadir@Pak Jabit "Hantu Mak Limah Balik Rumah" bertindak sebagai Pengacara Majlis. Beliau dilihat begitu lantang dan bersemangat ketika membuat ucapan ketika itu. Semasa Razali berucap, satu lagi kumpulan lagi tiba untuk bersama-sama bergerak ke Pejabat Jabatan Perdana Menteri yang terletak berhampiran. Kumpulan terbabit yang turut disertai oleh Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Datuk A.Samad Said (Sasterawan Negara), Samsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK), Fariz Musa (Ketua Jingga 13), Siti Aishah Ismail (Ketua Srikandi) dan ramai lagi. Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian. Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka". Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan Aliman, Suhaimi Said dan Pengerusi Jingga 13 Fariz Musa. "Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini. Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.








[Himpunan berjalan secara aman tanpa ada sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Tambah menarik, apabila pihak polis turut memberi kerjasama yang baik untuk sama-sama menjayakan program ini. Pada awalnya peserta dilihat berarak ke pintu utama Jabatan Perdana Menteri, namun kemudiannya diarahkan ke pintu 5 (belakang) dimana hanya wakil saja dibenarkan masuk. Walau pun tidak seramai mana seperti yang dijangka untuk hadir, namun ia jelas selali membuktikan rakyat kini semakin sedar dan mula bangkit untuk memberi penentangan terhadap mana-mana cadangan kerajaan yang boleh memberikan kesan negatif terhadap masa depan mereka. Apapun, syabas dan tahniah kepada semua]

Dari: Pahang daily.Blogspot