Wednesday, 4 April 2012
Lynas: Keputusan Permohonan Penduduk Batal TOL, Akan Di Putus Mahkamah Pada 12 April Ini!
KUALA LUMPUR 4 April - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 April ini untuk keputusan semakan kehakiman berhubung bantahan 10 penduduk tempatan berhubung pemberian Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada kilang Lynas. Tarikh tersebut diputuskan Hakim Datuk Rohana Yusuf di kamarnya hari ini selepas mendengar hujah peguam, Tommy Thomas yang mewakili penduduk. Pada 17 Februari lalu, 10 penduduk Gebeng yang tinggal lebih kurang 14-18 km daripada kilang Lynas selaku pemohon memfailkan semakan kehakiman dalam usaha membatalkan keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Menurut Thomas, TOL menyerupai persetujuan beroperasi sepenuhnya, yang menjadi kebimbangan penduduk. “TOL
seperti mencadangkan Lynas boleh melakukan apa saja, seperti untuk
dikekalkan, tetapi (AELB) akan melihat Lynas. “Tidak ada keperluan untuk
merayu, tetapi lebih sesuai Menteri datang ke mahkamah bagi
membatalkan TOL,” katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika ditemui pemberita mempersoalkan tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) membincangkan isu Lynas. “Dalam
penghujahan hari ini, PSC bukan isunya, tapi isunya berhubung TOL yang
diluluskan. “Peguam negara sepatutnya menyebelahi rakyat, dan bukannya
pihak kerajaan,” katanya. Dalam pada itu, Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andansura Rabu turut mengajak orang ramai menyertai Himpunan Hijau 3.0 pada 13 April ini.
“Kami merayu kepada semua rakyat supaya menyokong dengan menyertai
gerakan solidariti ini di seluruh negara bagi perjuangan menghentikan
projek Lynas dan selamatkan Malaysia,” ujarnya