PRU 13 semakin menghampiri maka akan meletuplah bom-bom politik yang sudah dipasang....Politik adalah mengenai pilihanraya, tidak kira lah pilihanraya parti,umum atau kampus tetapi rakyat harus faham permainan politik yang cuba dimainkan...
3 isu yang bakal digunakan bagi meracuni minda dan hati rakyat terutama orang-orang Melayu adalah Raja ,Agama dan ketuanan Melayu....
Malas untuk berceloteh lebih lanjut disini, Saya sediakan cara bagaimana 3 isu sensitive dimainkan dan siapa dalangnya.
Agama-
1) PAS akan cuba digambarkan sebagai parti yang melindungi golongan syiah dan Mat Sabu sebagai pelindung bagi golongan ini.Fitnah ini dibawa oleh Fathul Bahari(Ustaz UMNO)
2) Isu pergerakan Lesbian,Gay,Biseksual dan Transeksual yang konon dibawa oleh pembangkang dan isu ini digembar-gemburkan oleh Perkasa dan Jati.
3)Kononnya PKR adalah mendapat Dana asing..ini kerja Blogger UMNO.
Melayu-
1)Dibawa oleh perkasa kononya cina didalam DAP akan memperkudakan parti islam PAS dan PKR...Kononnya cuba menghapuskan hak-hak melayu di dalam Dasar Ekonomi Baru.Bagaimana diperkudakan pun saya sendiri tidak tahu..yang saya nampak di pakatan dua parti utama ini dipegang oleh Melayu dan DAP dipengerusikan oleh Singh.
Raja-
1)Jati akn cuba meracuni pemikiran rakyat bahawa institusi raja akan dihapuskan dan negara ini akan berubah menjadi republik.Berani DAP nak buat macam ini..kerusi pun bertanding 50..kalau DAP nak buat sangat dah lama parti ini ta join pakatan
Mereka akan cuba memainkan isu ini untuk kekal berkuasa...Mereka perlu berkuasa kerana perniagaan-perniagan mereka kekal terjamin...Perlu diingat bahawa BN sudah lama memerintah dan jika diperhatikan dengan betul polisi mereka lebih menguntungkan mereka dan kroni..seperti polisi penswastaan yang mana menjadi durian runtuh kepada mereka...perjanjian kerajaan dan syarikat-syarikat swata yang mana menguntungkan syarikat-syarikat ini tetapi rakyat terpaksa bayar tol lebih dan bil yang lebih..belum kita tambah dengan yang mana yang disapu secara langsung daripada dana kerajaan
Nilailah yang mana meracuni pemikiran rakyat ??..tiba-tiba isu ini menjadi hot secara menjelang pilihanraya ini..jangan kita terperangkap dengan permainan politik yang membodohkan rakyat ini..mereka ingat kita ini melayu sekolah tidak pandai agaknya...bakal bersambung-SB.
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/48781-remember-the-3rs