Salam 'Alaik....
Syukur ke hadrat Illahi dan tahniah kepada kerajaaan malaysia ke atas bantuan rakyat bantuan rakyat satu malaysia... Pemberian RM500 ini sedikit sebanyak diharap dapat melegakan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan.
Pelbagai pihak mencadangkan program ini dijadikan program tahunan tetapi respon daripada Perdana Menteri tampak tidak meyakinkan dengan kenyataan semasa perbahasan di parlimen baru-baru ini menyatakan bahawa program ini akan dijalankan jika pendapatan negara bertambah di tahun hadapan.
Sepertimana yang ditayangkan di television , ramai pihak yang gembira apabila menerima baucer ini tetapi mengapakah kerajaan tidak mahu meneruskan program ini untuk rakyat terus gembira??...saya sendiri tidak tahu jawapannya dengan tepat.
Saya orang melayu dan anak-anak melayu saya yakin diajar untuk mengenang budi orang yang pernah berjasa kepada saya. Jika saya penerima bantuan ini sudah tentu saya akan ingat sepanjang hayat saya dan saya akan berterima kasih kepada kerajaan malaysia kerana menguruskan dana kutipan cukai rakyat bagi rakyat yang kurang berkemampuan dapat merasai hasil pendapatan kerajaan.
Akan tetapi saya juga dinasihati supaya bijaksana di dalam hidup dan menggunakan akal supaya tidak mudah diperalatkan. Semasa saya belajar di Universiti, pesyarah saya penah menyatakan bahawa kita mesti berpikiran lebih luas (think outside the box) dan perlu kritis apabila menilai sesuatu masalah.
Saya terpikir untuk meneliti mengenai program ini memandangkan program ini menelan belanja ratusan juta ringgit. Saya tertanya sama ada program bertujuan memberi faedah kepada rakyat yang kurang berkemampuan atau lebih memberikan faedah kepada pihak tertentu?.
Tergerak untuk saya menghadiri majlis pemberian baucer ini dan saya dapati tentatif programnya adalah mendengar ucapan seorang pemimpin kerajaan , pengagihan baucer dan jamuan...Saya memerhatikan di banner dan kain rentang mengenai program maka terlihat lambang dacing .Saya difahamkan program sebegini diadakan di banyak tempat di merata malaysia dan sudah tentu memakan belanja yang besar. Dana tentunya daripada hasil cukai rakyat yang dikumpul oleh lembaga hasil dalam negeri.
Maka saya menyambung persoalan saya..Bagaimanakah morality seorang pemimpin untuk mengunakan hasil cukai rakyat untuk mengadakan program bagi mengekalkan kuasa dan untuk menang pilihanraya?..Bersih atau kotor menggunakan wang hasil cukai rakyati bagi menaikan publisiti pihak dacing untuk mengalahkan musuhnya semasa pilihanraya.
Sepatutnya program-program yang menggunakan wang milik kerajaan tidak boleh dieksploitasi untuk kepentigan peribadi dengan meletakan lambang parti pada iklan program serta berulang kali ditayangkan semasa warta berita tentang betapa mulianya kerajaan mengadakan program ini dan berita ini dibaca selepas berita keburukan pembangkang ditayangkan.
Terang lagi bersuluh untuk bahawa program ini bertujuan menaikan populariti seseorang calon pilihanraya dan sesebuah parti dan bukannya ikhlas untuk membantu rakyat. Jika kerajaan benar-benar ikhlas membantu rakyat yang susah maka kerajaan dari semasa ke semasa akan mengadakan program-program yang dirangka dengan baik untuk membantu rakyat dan bukannya semasa menghampiri pilihanraya.
Kesimpulannya, program ini adalah terburu-buru dan semata-mata untuk membersihkan kekotoran seseorang pemimpin Program ini menampakkan betapa teruknya pihak dacing ini menguruskan kewangan negara dan lagi menyedihkan jika program ini diadakan bagi membutakan akal rakyat bagi menilai pemimpin yang baik memandang wang boleh mengelapkan mata dan akal.- Stanley Bonker